suria

Bercinta tapi takut nak beritahu mak ayah, gadis minta BF berlakon jadi jurugambar konvo! Reaksi ‘diam’ selepas pertemuan jadi tanda tanya

Lysa memperkenalkan teman lelakinya yang 'dilantik' sebagai jurugambar kepada ibu bapa.

RANCANGAN terbaik diperlukan dalam misi memperkenalkan buah hati kepada ibu bapa yang tegas.

Ryanalysa Lai Radzwan Lai, juga dikenali sebagai Lysa, 23, merupakan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah menjalin hubungan dengan teman lelakinya, Mohamed Syabil Mohamed Yusop, 24, selama dua tahun.

Lysa merupakan siswazah Sarjana Muda Perakaunan manakala Syabil telah tamat pengajian pada tahun lalu dalam kursus Sarjana Muda Sains Sosial Linguistik dengan Kepujian.

Mereka berdua bertemu dan mengenali sesama sendiri ketika menghadiri satu program di UKM ketika sama-sama masih bergelar mahasiswa.

Lysa tidak pernah menceritakan tentang pemuda itu kepada ibu bapanya sehinggalah hari konvokesyennya pada 29 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak diikutkan, merajuk pulak deme” - Photoshoot pasangan 40 tahun buat hati jurugambar terdetik, pentingnya rakam momen bersama insan tersayang

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Kilau junior dah lahir? Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

“Dia memang seorang jurugambar, saya fikir alang-alang upacara konvokesyen bakal berlangsung, bolehlah perkenalkan dia dekat keluarga saya.

“Dulu pernah juga ibu bapa saya jumpa dia, tapi hanya sebentar untuk ambil barang di rumah.

“Tapi kalau rancangan saya tak menjadi, saya masih akan ajak dia makan bersama mak ayah.

Lysa belum ada keberanian untuk menceritakan tentang pasangannya kepada ibu bapa.

“Saya rasa nak bawa dia jumpa ibu bapa kerana saya rasa he’s the one,” katanya kepada mStar.

Semasa teman lelakinya 'bertugas' menjadi jurugambar, Lysa berkata pemuda itu sangat gementar dan segan tetapi dia tetap meneruskan 'agenda' pada hari itu.

Lysa turut menyatakan bahawa dia tidak berani untuk memulakan perbualan tentang topik cinta ataupun pasangan kerana tahu kedua ibu bapanya lebih pentingkan pendidikan dan masa depannya.

Bagaimanapun, selepas pertemuan pada hari konvokesyen Lysa masih tidak pasti tentang reaksi ibu bapanya terhadap Syabil kerana mereka tidak bertanyakan apa-apa walaupun setelah makan malam bersama.

Walaupun begitu, Lysa dapat mengagak bahawa mereka sebenarnya 'tahu dalam diam' kerana ahli keluarga yang lain pernah menunjukkan video TikTok tular mereka yang lain.

Apabila ditanya tentang keluarga teman lelakinya pula, Lysa mengakui dia pernah berjumpa dengan mereka.

“Keluarga dia tahu tentang saya.

“Mereka juga sangat mesra dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan saya apabila berjumpa,” katanya.

Tambahnya lagi, Lysa dan teman lelakinya kini sedang berniaga pakaian berjenama Bulan Bintang untuk mengumpul duit kahwin.

Tetapi disebabkan ibu bapanya agak tegas dalam soal percintaan, dia perlu fokus dalam pembelajaran dan kerjaya dahulu.

"Saya akan mengambil Peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) pada tahun hadapan.

"Kalau nak kahwin, kenalah susah senang bersama, kan?" ujarnya.

Video yang dimuatnaik melalui TikTok itu mendapat 800,000 tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

Antara komen netizen.

Netizen yang meninggalkan komen di video tersebut juga berkongsi pengalaman mereka ketika memperkenalkan pasangan masing-masing kepada kedua ibu bapa.

“Saya pun buat lebih kurang macam ini sebab tak tahu cara lain dah nak kenalkan, ibu bapa strict memang susah sikit.

“Saya bawa semasa hari jadi ibu, Alhamdulillah keluarga saya suka dia.

“Kak, saya pergi rumah dia terus cakap nak tumpang tandas. Tau tau dah jadi anak angkat atau lebih dikenali sebagai bakal menantu,” kata seorang pengguna TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain