suria

[V] Pemandu e-hailing bantu rider kemalangan, tak sangka ada plot twist... Toleh belakang penumpang ‘hilang’, sia-sia bebel sendirian

Insiden dipercayai berlaku pada 10 Disember lalu.

TULAR di media sosial insiden kemalangan membabitkan dua buah motosikal dipercayai akibat keadaan jalan yang licin.

Situasi itu berlaku di depan mata seorang pemandu e-hailing dan ia merupakan pengalaman pertamanya sejak melakukan pekerjaan berkenaan.

Menerusi rakaman daripada kamera papan pemuka (dashboard) atau dashcam, seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba terbabas di tengah jalan di lebuh raya.

Insiden yang berlaku menyebabkan mangsa terjatuh, manakala motosikalnya terseret sehingga mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal di lokasi kejadian turut terjatuh.

Pemandu kenderaan e-hailing itu kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan dan keluar untuk membantu mangsa kemalangan.

Rakaman berdurasi 49 saat itu juga menunjukkan seorang penumpang wanita turut keluar ke lokasi kejadian.

penumpang grab tertinggal 5

Kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal.

Pemandu itu kemudian kembali ke keretanya dan meneruskan perjalanan, tanpa menyedari penumpang yang dibawanya masih berada di luar.

Rakaman yang kini tular di media sosial itu mencetuskan tanda tanya, sehingga mengundang simpati dan pada masa sama dianggap lucu dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Ini driver takut mati!" - Ramai terkejut, penumpang e-hailing kongsi video dalam kereta... Sembur sanitizer sampai kusyen basah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab cemas, penumpang di sebelah tiba-tiba lompat ke seat belakang - "Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar"

Menurut pemandu bernama Azwan Abu Selaiman, insiden berkenaan berlaku pada Sabtu malam lalu itu ketika dia dalam perjalanan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Sri Damansara, Selangor untuk menghantar penumpang ke Damansara Damai.

penumpang grab tertinggal 6

Penumpang turut keluar ke lokasi kejadian tanpa disedari pemandu.

Menerusi Facebook, Azwan berkata dia bagaimanapun tidak menyedari penumpang yang dibawanya turut keluar ke lokasi kejadian.

"Turun la sekejap angkat motor tengok budak perempuan tu tak teruk sangat. Tapi aku tak perasan penumpang aku turun kereta juga tengok budak perempuan tu.

"Selepas tu naik la kereta balik pergi settle job ni. On the way nak drop tu aku bebel la dalam kereta... itula bawa laju-laju masa hujan. Kalau tayar empat sempat la juga nak brek.

"Dalam hati aku apa pasal penumpang senyap je. Sampai kat gate nak drop off, aku toleh la belakang, kau nak tahu apa jadi? Aku tertinggal penumpang dekat tempat kejadian," katanya yang menjadi pemandu kenderaan e-hailing secara sambilan sejak 2019.

penumpang grab tertinggal 7

Pemandu kembali ke kereta tanpa menyedari penumpang berada di luar di lokasi kejadian.

Azwan berkata, tidak hairanlah mengapa keadaan dalam kereta sunyi tanpa respons penumpang sepanjang perjalanan dari lokasi kejadian.

"Rupanya aku membebel seorang. Tengok belakang, barang-barang dia je ada dengan handbag dan handphone segala bagai. Dalam hati aku nak marah ada nak gelak pun ada.

Dalam hati aku apa pasal penumpang senyap je.

AZWAN

"Aku terus complete kan job dan pusing balik dekat tempat tadi pergi pick-up dia. Sampai sana dia tak ada, katanya dah tumpang motor brader seorang lagi dalam video tu ke tempat drop off.

"Aku pun terus ke tempat drop off skali lagi, Alhamdulillah jumpa dia," jelasnya.

penumpang grab tertinggal 8

Antara komen netizen.

Menurut Azwan lagi, ketika itu dia terlupa sama ada tambang sepatutnya dibayar secara dalam talian atau tunai.

"Jadi aku tanya. Dia cakap Grabpay, jadi aku ok jela. Tapi aku rasa cash, masa tu ada job lain, jadi aku tak boleh check. Lepas aku settle job seterusnya baru la aku check memang betul cash payment.

"Aku tak salahkan dia, mungkin dia pun lupa. Jadi aku halalkan je la. RM20 je sekali tol. Kalau penumpang tu baca ni jangan risau aku halalkan.

"Mungkin dia pun tengah kalut masa tu, mungkin terlupa. Nasib baik job seterusnya tu tak cancel dan dekat area drop off penumpang sebelum tu," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain