suria

“Entah dari mana dapat” - Ibu hamil 33 minggu terkejut positif HIV, masa mula buka buku pink tak diberitahu apa-apa

Wanita hamil anak keempat terkejut disahkan positif HIV.

MENIMANG cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin.

Pastinya pelbagai persiapan dilakukan bagi menyambut kelahiran zuriat yang dinanti-nantikan.

Namun bagi seorang wanita, kebahagiaan itu tiba-tiba terhenti selepas membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik swasta.

Mana tidaknya, dia disahkan positif HIV selepas pemeriksaan darah dilakukan.

Apa yang lebih menghairankan, virus tersebut dikesan pada usia kandungannya memasuki 33 minggu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Page ibu hamil, wanita berkenaan bertanyakan sama ada situasi sepertinya turut dihadapi oleh wanita lain.

Luahan seorang wanita hamil di halaman Facebook.

Luahan seorang wanita hamil di halaman Facebook.

“Assalamualaikum. Adakah sini ibu-ibu mengandung detect positif HIV?

“Saya pregnant anak nombor empat, sekarang 33 minggu. Pertama kali buka buku pink dekat klinik swasta.

“Entahlah doktor test double line pula tapi tak terang. Takut, risau sebab entah dari mana dapat,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak bagi pun tak apa” - Tuan rumah kenduri terguris hati buka sampul dapat tisu, tapi ramai tak sedar tetamu miskin malu ‘salam kosong’

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Malaysia masuk Auckland guna visa melancong, senyap-senyap cari kerja... Paling melampau siap minta bayar cash!

Selepas dimaklumkan positif, ujian darah turut dilakukan ke atas suaminya.

Namun, keputusan yang diterima adalah negatif.

Saya hari tu pun sama, mula ambil darah doktor kata ada sangkut sifilis. Saya punya risau sampai gaduh dengan suami.

NETIZEN

Dalam pada itu dia turut meluahkan rasa hairan kerana tidak dimaklumkan lebih awal iaitu semasa buku pemeriksaan kandungan atau ‘buku pink’ dibuka pada awal kehamilan.

Time buka buka mereka tak bagitahu, sekarang 33 minggu baru dimaklumkan,” ujarnya.

Antara perkongsian netizen di ruangan komen.

Antara perkongsian netizen di ruangan komen.

Bagi memastikan sama ada dia benar-benar menghidap HIV, pihak klinik membuat sekali lagi ujian darah pada Selasa.

Pastinya wanita ini berharap berlaku ralat pada keputusan ujian awal yang diterimanya sebelum ini.

“Tadi ambil darah repeat, insyaAllah negatif. Risau sangat,” luahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat maklum balas daripada warganet.

Melihatkan situasi yang dialami wanita terbabit agak ‘rare’, warganet meninggalkan komen memberi kata semangat kepadanya.

Malah kesemua mereka mendoakan supaya keputusan awal yang diperoleh itu berlaku kesilapan atau ralat pada kit ujian.

“Jangan risau sis, kadang masalah teknikal insyaAllah tak ada apa-apa.

False result sis. Tunggu next test result ya! Boleh jadi kit tu yang rosak juga... moga semua urusan dipermudahkan, jangan stres ya.

Wanita terbabit berharap keputusan sampel darah keduanya negatif.

Seorang wanita berharap keputusan sampel darah keduanya negatif.

“Yang test pertama boleh jadi false positive. Tunggu result darah... kalau negative maksudnya result test pertama tu salah,” ujar beberapa netizen memberi kata-kata perangsang kepadanya.

Menyusuri ruangan komen, terdapat salah seorang pelayar Facebook yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama.

Berkongsi pengalaman, dia menyatakan keputusan ujian menunjukkan dia mempunyai sifilis.

Ekoran itu, dia bergaduh dan menuduh suaminya berlaku curang.

Namun selepas ujian darah kedua dilakukan, dia menzahirkan rasa syukur apabila keputusan adalah negatif.

Justeru, dia cuba menenangkan wanita terbabit supaya tidak terlalu bimbang akan keputusan awal yang mungkin berlaku ralat.

“Negatif tu sis jangan risau... saya hari tu pun sama, mula ambil darah doktor kata ada sangkut sifilis. Saya punya risau sampai gaduh dengan suami sebab dah tentu saya tuduh dia.

“Sampai suami saya kata, saya tak percaya dia... lepas keluar result kedua rupanya negatif. Yang hari tu silap... sia-sia bergaduh.

“Saya harap sis sabar ya, kadang-kadang ada kesilapan, InsyaAllah semua baik-baik,” ujarnya yang turut hamil anak keempat.

Seorang lagi pelayar Facebook turut berkongsikan situasi yang dialami selepas turut disahkan positif HIV.

“Sama dengan saya sis. Saya buka buku dekat klinik swasta, masa awal-awal kandungan ambil ujian darah. Keputusan 50-50... terduduk saya sis, menangis siang malam berdoa dan berharap semua tak betul. Doktor ambil sampel darah kedua dan hantar ke lab lain. Alhamdulillah, keputusan negatif,” ujarnya berkongsi pengalaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain