SEORANG pelajar universiti kecewa apabila pihak pengurusan memberi amaran kepada mahasiswa yang menawarkan servis e-hailing untuk memudahkan rakan lain yang memerlukan pengangkutan di sekitar kampus. Pemilik akaun Twitter tersebut tidak mendedahkan nama universiti yang terlibat, tetapi mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan pihak tersebut melalui aplikasi WhatsApp. “Pelajar buat servis e-hailing nak tolong sesama pelajar dengan tambang lebih murah pun tak dibenarkan. “Saya penatlah macam ini. Bawah akta mana ni? “Tindakan apa yang boleh dikenakan itu? Nak tahu juga,” ujarnya sambil berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar melalui WhatsApp itu. Tangkap layar ciapan asal di Twitter. Tweet yang tular itu menerima lebih 4,000 ulang kicau (retweet) dan 6,000 tanda suka oleh netizen di media sosial tersebut. Warganet turut berkongsi pandangan mereka tentang isu servis e-hailing sesama pelajar dalam kampus, yang mana konsepnya adalah mereka yang mempunyai kenderaan menawarkan rakan seuniversiti untuk tumpang atau berkongsi kenderaan, tetapi mengenakan sedikit caj. Di ruangan balas, seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @afiqazni berkongsi pandangannya tentang isu yang hampir sama, didakwa berlaku di Universiti Teknologi Mara (UiTM). “Macam UiTM. Pernah terjadi dulu kes sebegini rupa, tapi polis bantuan dan pihak pengurusan tak mampu untuk buat apa-apa. “Ramai pelajar yang memberontak, hasil siasatan dapati rupanya staf UiTM dan polis bantuan juga ada membuat servis e-hailing tersebut. Takut bisnes sendiri terjejas. “Mereka pilih untuk mengambil langkah yang membebankan pelajar tanpa wujudkan solusi yang setimpal baik dari kos dan memudahkan,” dakwanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemandu e-hailing bantu rider kemalangan, tak sangka ada plot twist... Toleh belakang penumpang ‘hilang’, sia-sia bebel sendirian ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ini driver takut mati!” - Ramai terkejut, penumpang e-hailing kongsi video dalam kereta... Sembur sanitizer sampai kusyen basah Meninjau ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan pihak universiti tersebut kerana jelas menjejaskan akses pengangkutan untuk pelajar yang ditawarkan pada kadar rendah. "Bas yang disediakan pun tak cukup nak tampung pelajar. Tiap pagi bas penuh, kekerapan bas mengambil pelajar pun tak menentu sangat. Nak bawa kenderaan sendiri, parkir pula terhad. Pelajar juga dipersalahkan. "Menyampah. Staf ke nak hantar pelajar pula? Mementingkan diri sendiri! Servis e-hailing antara pelajar dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah pengangkutan. -Gambar hiasan "Walaupun universiti saya di tengah-tengah bandar, kadangkala servis e-hailing Grab pun tak ada. Ini pun dah dikira inisiatif mahasiswa untuk bantu mahasiswa lain demi mencari duit poket," kata seorang netizen. "Benda ni ibarat inisiatif pelajar untuk tumpangkan students lain, jadi dah kalau ramai ramai takkan benda free, mestilah ada bayaran atau upah. Cuma dijadikan istilah 'Grabstudent', bayaran tu pun ikut budi bicara masing masing," tulis seorang lagi netizen. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna Twitter yang memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengapa perkara ini menjadi isu. Tangkap layar tweet tentang isu ini. “Sebenarnya memang tak boleh. Tanpa sijil e-hailing, anda boleh didenda sehingga RM50,000 jika buat servis penghantaran ini. “Apa-apa sahaja kerja melibatkan e-hailing tak boleh buat sesuka hati, kenderaan mesti ada permit dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) dan juga dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ya, faham anda semua nak membantu sesama pelajar, tapi menjadi kesalahan apabila anda mengiklankan servis tersebut, ia menjadi bahan komersial. “JPJ kalau tahu ini habislah anda semua, tahu tak kalau buat kerja luar talian itu sudah dikira kesalahan? Boleh dikenakan saman dan dipenjara tau. Apa pun berlaku, insurans tak akan melindungi kerosakan yang terjadi," ujar seorang pengguna Twitter. Rata-rata netizen mencadangkan beberapa penyelesaian yang berpotensi untuk membantu pelajar yang menawarkan e-hailing dalam universiti. "Buat aduan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tengok apa yang mereka jawab tentang isu ini. Tengok berfungsi ataupun tidak MPP tersebut. "Jangan pakai istilah 'GrabCar'. Pakai istilah lain, macam Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dipanggil 'transporter'. Boleh sahaja," kata seorang netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI