SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya berharap hubungan yang dibina akan kekal selamanya. Namun, ada juga pasangan yang gagal mengecapi kebahagiaan dan terpaksa memilih jalan perpisahan. Lain pula cerita seorang wanita ini apabila rumah tangga yang terlalu bahagia turut menjadi masalah buat dia dan suami. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dakwa wanita itu, dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah sehingga terpaksa bercerai biarpun mereka hidup dalam keadaan bahagia. "Orang lain bercerai sebab tak bahagia. Tapi aku, terlampau bahagia. Suami terlalu baik, terlalu bahagia sampai orang cemburu dan hantar sihir pemisah," ujar wanita itu. Dia yang menggunakan nama samaran TehOBeng berkongsi kisah dukanya menerusi satu video pendek di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan. Dah berubat banyak kali. Sampai rasa penat mental, penat tenaga, jadi down, tekanan perasaan, macam-macam lagi. MANGSA SIHIR PEMISAH Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang berada dalam sebuah kereta, di hadapan bangunan Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Dalam video berasingan, wanita itu berkata dia sudah berkahwin selama sembilan tahun dan melalui pelbagai penderitaan akibat menjadi mangsa perbuatan sihir. "Sakit badan aku angkara jin, syaitan yang bermaharajalela di badan. Tapi sakit lagi di hati ini bila terpaksa bercerai dan berpisah dengan orang yang kita sangat-sangat sayang. ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula... Siap lumur kek pada muka - “Mengalahkan orang muda” "Susah dan senang, perit jerih hidup dari susah dulu hanya makan nasi berlaukkan bilis, aku bisa bertahan di sisinya sehingga dia senang. "Tapi angkara sihir, aku mengalah. Hancur jua rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun," kata wanita itu lagi. Menurut wanita itu, dia juga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengubati sihir tersebut, namun semuanya menemui jalan buntu. Dia turut berpesan kepada individu di luar sana agar tidak mempamerkan kebahagiaan kerana tidak mahu derita dilaluinya berulang lagi kepada pasangan lain. Pelbagai ikhtiar dilakukan, namun mereka menemui jalan buntu sehingga terpaksa memilih jalan perceraian. "Bila ramai tanya, tak berubat ke? Dah berubat banyak kali. Sampai rasa penat mental, penat tenaga, jadi down, tekanan perasaan, macam-macam lagi. "Akhirnya give up dan memilih untuk berpisah. Bahagia kita jangan ditunjuk, bahaya. Kalau kita bahagia, belum tentu orang lain senang hati tengok. "Kalau kita derita, ramai yang tepuk tangan gembira. Ku serahkan semuanya pada pertolongan Allah. Tiada yang lebih berkuasa selain Allah yang satu," ujarnya lagi. Perkongsian wanita itu turut dihujani ribuan komen netizen yang mana rata-ratanya bersimpati dengan nasibnya. Antara komen netizen di TikTok. Malah, netizen juga menitipkan doa agar wanita itu terus tabah dan berupaya menemui kebahagiaan semula selepas dia diuji hebat angkara sihir pemisah. "Moga lepas hujan ada pelangi buat kamu. InsyaAllah perancangan Allah yang terbaik. "Allah, moga kuat sis. Kuasa Allah lebih hebat. Moga ada bahagia untuk sis. "Sebab tu di zaman sekarang kena berpada-pada share kebahagaiaan kita di media sosial," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI