suria

Sebab sayang duit tiket, mak ayah B40 biar anak ‘buat hal’ 3 jam dalam pawagam! Rupanya ramai terkena, toleh belakang ‘dia buat dek’ je

Ramai luah rasa geram dengan sikap ibu bapa yang membiarkan anak menangis dalam pawagam.

SETIAP kali musim cuti sekolah, ibu bapa menggunakan peluang dengan membawa anak-anak keluar melakukan akltviti bersama keluarga.

Ini termasuklah menonton filem, namun ramai penonton kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak yang boleh mengganggu tumpuan dalam pawagam.

Terbaharu, seorang individu membangkitkan isu tersebut menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga hangat menjadi perdebatan netizen.

"Aku bayar tiket cinema bukan semata-mata nak dengar anak kau menjerit melalak dari mula sampai habis. Aku dan penonton lain toleh kau kat belakang dengan harapan kau faham, bawa anak tu keluar kejap, tenangkan dia.

4

Ramai netizen pernah berdepan pengalaman sama ketika menonton wayang.

"Tapi kau buat tak tahu. Kadang budak kecil ni memang begitu agresif. Kau kena bawalah dia keluar. Kita bukan tak faham kat budak tu, tapi tak faham kat mak ayah dia," luah wanita itu.

Menurut pengadu, dia juga pernah melalui fasa sama, namun memilih untuk tidar hadir ke tempat awam sekiranya anak sedang meragam.

"Kalau rasa tak boleh handle anak, jangan bawa. Aku pun pernah ada anak kecil yang buat perangai, solusinya apa? Aku tak pergi tengok wayang.

"Food court pun aku tak pergi. Sebab aku tahu anak aku menangis menjerit berjam-jam, ambil waktu nak tenangkan. Nanti orang pun stres.

Kalau ada anak kecil bawa la pergi wayang yang mesra budak-budak. Bukan wayang biasa.

NETIZEN

"Anak-anak dah besar, sekolah rendah, dah faham arahan, kurang lasak, baru aku berani bawa tempat ramai orang," ujarnya lagi.

Luahan wanita itu ternyata mendapat sokongan pelayar Facebook yang rata-ratanya turut bersetuju dan kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak dalam panggung wayang.

"Memang banyak mak bapa bodoh macam ni. Orang nak tengok wayang dia pun kalut nak tengok. Anak meragam bawa la keluar bagi tenang. Alasan budak tak tahu apa-apa, yang mak bapa bodoh tak reti buat apa?

"Ramai parents yang macam ni, entah la. Aku memang tak akan bawa anak kecil kat tempat yang boleh mengganggu ketenteraman orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa punya kerja ni? - "Dah macam beruk masuk panggung"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej beli 70 tiket wayang semata-mata nak tengok Tom Cruise berdua-duaan dengan BFF, habiskan RM1,600 demi kejutan

"Patutnya tak perlu bawa anak pergi tengok wayang. Saya yang dah dewasa ni pun kadang sakit telinga, telinga jadi bergema lepas tengok wayang, inikan pulak budak-budak.

"Kalau ada anak kecil bawa la pergi wayang yang mesra budak-budak. Bukan wayang biasa," ujar beberapa netizen.

Beberapa individu turut berkongsi pengalaman serupa di pawagam dan mengakui hilang sabar dengan sikap ibu bapa yang tidak cakna dengan situasi membabitkan anak sendiri.

wayang1

Antara komen netizen di Facebook.

"Ada parents duduk row depan dengan anak-anak. Memekak menjerit lari-lari time tengok cerita Jurassic Park. Aku terus jerit dari row belakang... Mak bapak tolong jaga anak-anak. Kalau mereka menjerit buat bising tolong bawa keluar. Ini bukan family friendly hall.

"Baru kena malam tadi, ambil midnight movie pukul 11.45. Dari mula sampai habis Avatar selama tiga jam lebih tu anak dia tiga orang bantai bercakap, gelak, tendang kerusi. Kita pusing pandang, dia buat tak heran (peduli) ya. Yang mak bapa keras kat kerusi tak tegur anak tu.

"Selalu anak-anak golongan B40 je. Aku ternampak T20 anak nangis sikit terus mereka keluar sebab mereka malu ada maruah. Kalau B40 ni sebab diaorang keluarkan RM10 untuk tiket wayang mereka rasa rugi nak blah macam tu je," tulis beberapa individu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain