suria

“Please leave my daughter alone”- Dr Amalina kesal isu khitan terima komen lucah selepas disensasikan, anak perempuan jadi mangsa netizen otak kuning

Amalina kesal isu khitan perempuan menjadi punca komentar lucah warganet Malaysia.

SERING membuat perkongsian ilmu mengenai pelbagai isu dalam bidang perubatan, pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri tidak menyangka soal jawab berkaitan khitan dipenuhi komen lucah dan negatif.

Menerusi perkongsian di halaman Twitter miliknya, dia menyuarakan bagaimana isu yang diketengahkan itu menjadi ruang untuk individu tidak bertanggungjawab membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuannya yang berusia sembilan minggu.

Meskipun rasa berbelah bagi untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut, namun beliau akhirnya membuat keputusan menjelaskan juga isu sebenar.

"Assalamualaikum, saya berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini tapi saya mengambil keputusan untuk bersuara kerana sesetengah lelaki Melayu Islam (dan juga perempuan) yang membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuan saya yang hanya berumur sembilan minggu.

"Saya banyak membuat Q&A (soal jawab) untuk berkongsi ilmu medikal kepada ‘followers’ saya. Kenyataan yang saya buat di sesi Q&A di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan daripada ‘follower’ diambil oleh penulis artikel tabloid untuk jadi bahan berita mereka," beliau menulis tweet.

Dr Amalina kesal perkongsiannya dipenuhi komen lucah selepas diterbitkan sebuah portal.

Dr Amalina kesal perkongsiannya dipenuhi komen lucah selepas diterbitkan sebuah portal.

Menurut Dr Amalina, persoalan yang ditimbulkan oleh pengikut adalah berkaitan khitan yang mana soalan diberikan adalah 'Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK?'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi sulung ‘pergi’ akibat leukemia... dulu suami isteri risau setiap kali tidur, kini ‘tak kuat’ nak balik rumah terkenang arwah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah wira! Remaja pantas kayuh perahu selamatkan budak nyaris lemas, netizen puji semangat berani redah ombak besar

Memberi respons kepada soalan berkenaan, beliau menjawab tidak ada kerana sunat perempuan melangggar undang-undang di negara yang didiaminya sekarang.

Malah beliau menegaskan bahawa tidak pernah mempertikaikan tentang hukum Islam semasa menjawab persoalan yang diberikan.

Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya.

DR AMALINA

Sebaliknya beliau meminta supaya masyarakat mengikut undang-undang mahupun fatwa yang telah ditetapkan di Malaysia.

"Tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan, kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia.

"Kenyataan saya kemudiannya diambil oleh media tabloid di Malaysia dengan headline sebegini 'Sunatkan bayi perempuan haram di UK - Dr Amalina'," jelasnya lagi sambil berkongsi tangkap layar beberapa artikel tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyertakan pautan ke laman Instagram miliknya yang menjadi ruangan soal jawab berkaitan khitan.

Turut berkongsi tangkap layar komentar, tambahnya, susulan penerbitan artikel berkenaan di laman Facebook, pelbagai kata lucah dan hinaan yang keterlaluan dikeluarkan para netizen.

Meluahkan rasa dukacita, Dr Amalina menyatakan beliau tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut dilemparkan kepada dirinya.

Namun wanita ini tidak dapat berdiam diri terhadap sikap melampaui batas itu dan komen berbaur lucah ditujukan kepada anaknya yang masih kecil.

"Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekali pun. Please leave my daughter alone," luahnya, kecewa.

Bagi mengelakkan perkara seumpama itu terus berlarutan, beliau menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terbabit supaya menjadi pengajaran kepada semua.

"Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh temeh daripada IG saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri.

"Di mana etika anda? Malah ruang komen pun tidak ada moderasi. Saya harap perkara ini mendapat perhatian pihak berwajib," tambahnya yang turut berkongsi pandangan Majlis Islam Britain berhubung khitan.

Dr Amalina turut berkongsi undang-undang Britain berhubung isu khitan.

Dr Amalina kesal perkongsiannya dipenuhi komen lucah selepas diterbitkan sebuah portal.

Kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi Selasa itu mendapat perhatian warganet.

Rata-ratanya berpandangan isu ini jelas dan tidak sepatutnya pembaca dikelirukan.

Tidak kurang juga yang mengakui sikap warganet Malaysia yang gemar bercakap lucah dan menyarankan Dr Amalina mengambil tindakan perundangan.

"Dr baru tahu? Memang itulah mentaliti lelaki Melayu kat Malaysia. Cakap benda lucah bagilah kat mereka kemudian claim kononnya 'terpaling Islam'. Saman mereka tu semua, biar jadi pengajaran pada yang lain.

"Jijik betul baca komen... tolong berubah wahai lelaki Melayu, jangan malukan diri sendiri dan orang lain," ujar beberapa netizen.

Pada masa sama, terdapat segelintir warganet yang menjelaskan hukum berkaitan khitan bagi perempuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain