suria

Majlis lancar, malam pertama pun OK... pengantin tetap kongsi kisah silam walau suami enggan tahu! Rupanya masing-masing rahsiakan cerita sama

Nurul menceritakan hal sebenar kepada suami setelah berkahwin.

KEJUJURAN adalah perkara penting bagi mengeratkan lagi setiap hubungan, terutamanya pasangan suami isteri.

Jika sudah berumah tangga, pasti mereka tidak lagi berselindung atau menyembunyikan masalah dihadapi, begitu juga dengan keburukan atau kelemahan masing-masing.

Namun, dalam hal tertentu sesetengah individu takut untuk menceritakan perkara yang selama ini dirahsiakan kerana bimbang ia tidak dapat diterima oleh pasangan.

Dilema inilah yang dialami oleh seorang pelayar di TikTok apabila dia berbelah bahagi untuk menceritakan kisah silam yang berlaku terhadap dirinya kepada bakal suami.

Lebih merumitkan situasi apabila cubaan Andressita Nurul untuk menjelaskan hal yang membelenggu dirinya itu gagal apabila pemuda itu pula tidak mahu tahu tentang masa silamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami menangis di birai katil, malam pertama jadi drama air mata... Netizen usik suruh hantar balik rumah mak dia!

ARTIKEL BERKAITAN: Malam pertama tanpa anak, wife terjaga dan tercari-cari sesuatu... “Dewi, I risau tertindih dia”

Bagi bakal suami wanita ini, dia sudah menerima sisi kurang baik pasangan yang akan menjadi isterinya ini kelak.

"Sebelum nikah saya pernah nak jujur dengan bakal suami tentang peristiwa pahit dan gelap yang pernah jadi dekat saya.

"Tapi dia cakap tak perlu. Dia terima saya seadanya. Dia terima kekurangan saya," ujarnya.

'Rahsia' itu disimpan oleh wanita ini sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri.

Menurut wanita ini, segala urusan perkahwinan berjalan dengan baik termasuklah malam pertama sebagai suami isteri.

Sampai hari menikah, semuanya berjalan lancar. Malam pertama kami pun semuanya berjalan lancar.

ANDRESSITA NURUL

Bagaimanapun, dia tetap memilih untuk menceritakan 'sejarah hitam' yang berlaku terhadap dirinya kepada suami.

Setelah menceritakan hal sebenar, berlaku satu perkara yang dia sendiri tidak jangkakan.

"Sampai hari menikah, semuanya berjalan lancar. Malam pertama kami pun semuanya berjalan lancar.

"Rupanya suami saya pun sama macam saya. Kami sama-sama pakai gigi palsu," katanya, merujuk kepada 'rahsia' yang ingin diceritakan kepada suami.

Antara komen netizen di TikTok.

Menurut Nurul, giginya patah disebabkan pemakaian pendakap gigi palsu namun tidak dinyatakan berapa batang gigi yang 'hilang'.

Manakala suaminya pula mengalami patah gigi akibat terjatuh semasa bermain basikal lajak.

Kisahnya yang penuh saspen ini meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Rata-rata warga maya yang pada mulanya hampir bersimpati dengan nasib Nurul terus terhibur seolah-olah ditipu olehnya.

Nurul dan suami sama-sama memakai gigi palsu.

"Berdosa buat kami macam ni.

"Macam tu saja dia 'gula-gulakan' kami.

"Ya Allah baru nak rasa sedih. Dah tergelak.

"Awal-awal sedih baca. Lama-lama lawak pasal gigi pula," komen netizen di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain