suria

[v] Waspada sebelum terkena! Percutian ke Seoul bertukar ‘tragedi’, 4 sekawan jadi ‘homeless’ 3 hari gagal jawab soalan pelik imigresen

Asyraf dan rakannya tidak menyangka percutian di Korea Selatan beri pengalaman buruk.

SEJAK drama-dramanya dipertontonkan di televisyen, Korea Selatan ibarat salah sebuah negara yang wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia.

Maklumlah, siapa yang tak ingin berkunjung ke negara yang kaya dengan adat dan budaya selain mempunyai pelbagai lokasi menarik.

Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah turut menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju hampir setiap hari.

Namun sejak akhir-akhir ini, sering dikhabarkan bahawa kemasukan ke negara empat musim itu agak ketat dan leceh.

Malah ada yang mendakwa ia berpunca daripada sikap segelintir rakyat Malaysia yang bertindak penting diri dan menyalahgunakan visa pelancongan yang diberi sehingga menjadi ‘Pati’ (pendatang asing tanpa izin) di sana.

Turut mengalami situasi getir tersebut, empat sekawan yang menjejakkan kaki di negara itu pada 4 Disember lalu.

Kejadian itu menyebabkan mereka tidak dapat merasai pengalaman musim sejuk malah gagal menyediakan kandungan untuk sesi pengajaran.

Asyraf bersama tiga rakannya terkandas di Lapangan Terbang Incheon.

Asyraf bersama tiga rakannya terkandas di Lapangan Terbang Incheon.

Menceritakan pengalaman pahit ketika pertama kali tiba di Lapangan Terbang Incheon, Mohamad Asraf Fauzi yang juga seorang guru berkata, dia tidak menyangka percutian musim sejuk yang dirancang sejak tiga bulan lalu bersama rakan-rakannya menjadi sulit sedangkan segala dokumentasi termasuk itinerari telah disediakan.

Lebih menyedihkan apabila pasport dan bagasinya turut ditahan oleh pihak Imigresen Korea Selatan sekali gus menyukarkannya untuk membeli keperluan seperti makanan di lapangan terbang berkenaan sepanjang tempoh tiga hari ditahan.

“Kami pergi dengan dokumen yang lengkap... dah ada tiket untuk penerbangan balik, hotel, modem wifi dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah wira! Remaja pantas kayuh perahu selamatkan budak nyaris lemas, netizen puji semangat berani redah ombak besar

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar masuk tandas guna kad, QR Pay... pemuda lepak 30 minit sebab nak puaskan hati! Tak sangka Malaysia jadi macam ni

“Sudahlah kena tahan sejurus sampai di kaunter pemeriksaan Imigresen, soalan yang diajukan kepada kami juga tersangat pelik dan di luar jangkaan.

Asyraf dan rakan-rakannya disoal selidik oleh pihak Imigresen Korea.

Asyraf dan rakan-rakannya disoal selidik oleh pihak imigresen Korea Selatan.

“Dalam tempoh tahanan selama tiga jam tu, mereka tanya ‘pukul 8 pagi esok nak pergi mana, nak naik transport apa, makan apa, nak buat apa’... kami dah la pergi secara backpackers, jadi hanya boleh cerita perancangan sahaja,” luahnya ketika dihubungi mStar.

Mandi pun tak boleh juga sebab bagasi ditahan, mujur cuaca sejuk... kami memang tidur macam homeless yang dalam kesejukan di airport.

ASRAF

Bercerita lanjut, ujarnya, sepanjang tempoh tiga hari sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia di lapangan terbang berkenaan, mereka hanya disajikan dengan cupcake dan jus oren bagi setiap waktu makan.

Bukan itu sahaja, layanan yang diberikan pihak berkuasa tersebut juga disifatkan sebagai teruk seolah-olah prejudis terhadap rakyat Malaysia, mungkin disebabkan ramai yang menyalahgunakan visa melancong.

Walhal katanya, setiap perkara dan jawapan yang diberikan adalah benar namun pihak terbabit masih tidak percaya.

Percutian lima hari yang dirancang tergendala kerana sekatan Imigresen Korea.

Percutian lima hari yang dirancang tergendala kerana sekatan Imigresen Korea Selatan.

“Mandi pun tak boleh juga sebab bagasi ditahan, mujur cuaca sejuk... kami memang tidur macam homeless yang dalam kesejukan di airport, cuaca pula negatif lima darjah celsius.

“Nak tidur di bilik menunggu yang disediakan pun tak selesa sebab busuk sangat, dalam tu penuh warga asing dari pelbagai negara seperti Rusia.

“Hanya kami berempat sahaja rakyat Malaysia yang terkandas di kaunter pemeriksaan Imigresen ni, yang lain dapat masuk,” katanya yang mengalami kerugian RM15,000 gara-gara tidak dapat bercuti seperti dirancang.

Tambahnya, kos berkenaan termasuk RM3,000 tempahan bilik hotel, tiket penerbangan pergi dan balik, perbelanjaan, pengangkutan dan sebagainya yang telah disediakan awal.

“Memang rasa sedih sebab sampai akhirnya tidak dibenarkan masuk Korea. Rancang bercuti lima hari tapi kena tahan tiga hari di lapangan terbang.

“Kedutaan di Korea pun kami dah hubungi tapi mereka cakap tak boleh buat apa-apa sebab kuasa sepenuhnya pada Imigresen,” luahnya yang masih pelik kerana tidak dibenarkan masuk meskipun mempunyai dokumen lengkap sebagai pelancong.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain