suria

[V] ‘Pemandangan rare’ di restoran! Pelanggan susun rapi pinggan kotor, sisa makanan letak tepi... tinggal tak tolong basuh je

Keadaan meja makan selepas diduduki 30 pelanggan.

PERSOALAN mengenai siapa yang patut mengemas meja selepas makan di restoran atau gerai sering menjadi topik perbincangan.

Walaupun zaman berubah dan dunia semakin maju, masih ramai tidak bersetuju dengan saranan pelanggan yang makan di premis sekurang-kurangnya membuang sendiri bekas makanan mereka ke dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pelanggan yang merupakan sebuah keluarga terdiri daripada 30 individu yang makan di sebuah kedai makan ini melakukan sebaliknya.

Kisah mereka dikongsikan di akaun media sosial pemilik restoran itu sendiri yang tersentuh hati melihat keadaan meja dan pinggan mangkuk yang digunakan oleh keluarga besar ini.

Baginya, amalan itu adalah sifat baik dan harus dipuji serta disebar luas supaya dapat menjadi tauladan kepada pelanggan lain.

Customer dari syurga ni. Famili 30 orang. Semua dia kemaskan sendiri.

“Terima kasih kerana memudahkan dan memahami urusan pekerja Salaza,” tulisnya pada video yang dikongsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan pun tak senang! Pelanggan bengang pekerja F&B tutup pintu besi, susun kerusi atas meja sebelum pukul 9.30 malam

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lanjut usia beria ‘set up’ meja, pesan 8 set makanan tapi makan seorang... Netizen syak ahli keluarga ‘hilang’ serentak

Menerusi video yang dikongsi peniaga kedai makan Salaza & Sons yang terletak di Terengganu ini, dapat dilihat pinggan dan bekas makanan yang disusun rapi oleh keluarga tersebut.

Jelas kelihatan pinggan, gelas dan piring diletakkan setempat, begitu juga dengan sisa makanan bagi memudahkan pekerja kedai makan mengemas dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kerusi juga kelihatan tersusun kemas apabila kesemuanya dimasukkan semula di bawah meja.

Sememangnya 'pemandangan' seperti ini jarang-jarang dapat dilihat kerana kebanyakan pelanggan akan meninggalkan premis dengan membiarkan saja sisa makanan dan pinggan mangkuk serta cawan dalam keadaan berselerak.

Semakan mStar mendapati perkongsian video ini menjadi tular di TikTok sehingga ditonton lebih 1.1 juta kali setelah disiarkan.

Tu beza keturunan baik-baik daripada yang lain-lain. Memang tak akan sama.

NETIZEN

Rata-ratanya memuji sikap dan berasa kagum dengan tindakan terpuji serta empati pelanggan itu yang memudahkan kerja orang lain.

“Tu beza keturunan baik-baik daripada yang lain-lain. Memang tak akan sama.

"Customer berakal dan biasa kemas kalau pergi makan dekat mana-mana kedai.

“Konsep dia mudah, kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita,” demikian antara komen netizen.

Komen netizen setelah melihat video tersebut.

Bagaimanapun masih ada pelanggan yang kurang bersetuju dengan tindakan ini dengan alasan apa yang dibuat itu tidak perlu kerana kita sudah membayar untuk makanan dan servis.

Tetapi, sewajarnya tindakan membantu sesama manusia seperti menolong mengemas sisa makanan sendiri tidak merugikan sesiapa jika diamalkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain