ORANG kata hubungan adik-beradik ibarat 'air yang dicincang tak akan putus'. Bagaimanapun, tidak semua hubungan adik-beradik itu dilalui dengan penuh kebahagiaan dan keseronokan. Sebaliknya, ada juga terpaksa bermasam muka gara-gara layanan tidak sama rata daripada ibu bapa. Luahan tanpa nama di Twitter. Demikian luahan yang dikongsi di laman Twitter mengenai seorang anak yang diberikan layanan berat sebelah hanya kerana adik-beradik lain mempunyai kerjaya yang bagus. "Masa kecil-kecil dulu main sama-sama adik-beradik. Bercomot-comot sama-sama, kena rotan sama-sama. "Tapi bila dah besar, abang kakak ada kerjaya dan berkahwin dengan somebody yang ada status, terus ada perbezaan darjat dalam rumah. "Terutamanya waktu Hari Raya," luahnya namun tidak mendedahkan pekerjaannya serta kerjaya adik-beradik lain. ARTIKEL BERKAITAN: Derita anak sulung, gadis kecewa buat baik tak dihargai siap dimaki... sayang adik-adik, tapi sakit hati layanan berat sebelah ARTIKEL BERKAITAN: Impian anak sulung sambung degree terbantut, mak ayah pesan suruh fikir adik-adik kecil... Tapi pelik suruh kahwin cepat! Menurutnya, ketika hari lebaran dia terpaksa bertungkus-lumus mengemas rumah dan 'membentangkan karpet merah' untuk abang dan kakak yang pulang ke kampung. "Aku tak suka sangat sambut raya. Abang dan kakak dah berjaya bila datang rumah ni macam VIP (orang yang paling penting). "Kena kemas bilik untuk mereka, kena siapkan makan minum semua. "Padahal dia ahli keluarga sama macam aku? Tak kan sebab aku keria biasa-biasa aku kena entertain mereka?" soal si adik. Yang kena herdik sebab tak berjaya sangat ni la yang sanggup jaga mak ayah masa sakit tua nanti. SI ADIK Dia kemudian bercerita tentang dirinya dikerah tenaga untuk kerja-kerja rumah sedangkan adik-beradik lain hanya bersenang-lenang. "Aku pun kerja jauh, merantau, tapi mak suruh aku balik awal sebab abang dan kakak nak balik kampung, jadi kena siapkan semuanya. "Mereka nanti datang terus duduk menyembang dan makan-makan, tak masuk dapur langsung. "Selepas tu duduk dekat ruang tamu 'berdiva' dan mengadu rumah kampung panas," luahnya lagi yang tidak berpuas hati. Juadah hari raya yang perlu dimasak oleh si adik. -Gambar hiasan Menyedari dirinya seperti dianaktirikan, dia mempersoalkan sama ada keluarganya sahaja yang melalui situasi berkenaan. "Aku tak rasa keluarga aku je macam ni, mesti keluarga orang lain pun ada adik-beradik tak sedar diri macam ni kan?" soalnya. Dakwanya lagi, dia jugalah yang dipanggil untuk mengemas setelah selesai sesi makan bersama keluarga. "Lepas makan tinggal je, tak kemas tak buat apa pun, terus keluar berjalan," katanya. Si adik juga yang akan mengemas selesai makan. -Gambar hiasan Walaupun ketika ini dirinya hanya dipandang sebelah mata, namun yakin hanya dia yang akan menjaga ibu bapanya apabila usia mereka sudah lanjut. "Percayalah cakap aku. Anak-anak yang macam abang dan kakak ni tak akan jaga orang tua nanti. "Yang selalu kena suruh macam-macam ni, yang kena herdik sebab tak berjaya sangat ni la yang sanggup jaga mak ayah masa sakit tua nanti. Antara komen netizen. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan si adik supaya berkeras mempertahankan haknya. "Cuba jangan balik raya tahun depan. Balik raya kedua je. Jangan balik awal, biar mereka kena buat semua benda sendiri. Dont put yourself too low. "Faham nanti mesti fikir kasihan ibu kena buat semua seorang, tapi kalau itu saja caranya, teruskan juga walaupun terpaksa. "Tak payah balik raya. Biar yang berjaya je buat persediaan raya untuk parent," kata sebilangan warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI