suria

“Kita nak ke negara mereka kena berhempas pulas” - Apa kes masuk Malaysia pelancong jadi pengemis? Wanita dedah realiti sebenar

Reina menceritakan realiti mengenai pelancong backpackers yang datang ke Malaysia.

KEMASUKAN pelancong backpackers kelompok mat salih ke negara kita mungkin dari satu sudut berada pada tahap membimbangkan.

Mana tidaknya, sebahagian rakyat negara ini dikatakan terlalu baik dan menyanjung tinggi golongan ini sehingga mereka mudah mengambil kesempatan.

Sebagaimana dikongsikan seorang individu di media sosial, dia bersimpati dengan nasib lelaki berkulit putih yang dilihat berdiri di tepi jalan sambil meraih ihsan orang ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan sedang memegang sekeping plakad sambil tertera ayat yang ditulis tangan.

Tangkap layar seorang pelancong meminta bantuan untuk membeli makanan.

'Membantu. Saya perlukan wang untuk makan," tulisnya pada serpihan kotak tersebut.

Hantaran itu meraih perhatian netizen sehingga ada yang mahu menghulurkan bantuan atas dasar simpati terhadap lelaki warga asing ini.

Bagaimanapun, seorang wanita, Reina Lum tampil dengan satu video, mendedahkan hakikat sebenar kehidupan backpackers.

Apa yang disuarakan melalui video itu sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia berfikir dua kali untuk memberikan bantuan atau menderma kepada warga asing ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pucat muka mat salih wanita bertudung muncul depan pintu! Rupanya salah bilik, kejutan gagal... “Nasib baik dia pakai sopan”

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih acah-acah loya tengok peniaga Malaysia buat jus tembikai, netizen satu hati bidas komen warga asing

Menurut Reina Lum, hampir sebahagian besar daripada mereka yang dilihat mnagih ihsan seperti mana dilakukan lelaki dalam video tersebut hanya mahukan duit segera dengan mempergunakan warga Malaysia.

"Sorry to say, kadang-kadang baik orang kita ni tak bertempat.

"Orang ni backpackers. Kalau anda tengok video yang saya stitch (duet) ni, banyak sangat orang (cakap) tolong dia sebab memerlukan bantuan. Kadang-kadang kita atas, kadang-kadang kita kat bawah.

"Yes, betul. baiknya hati orang Malaysia. Mereka tengah ambil kesempatan atas kebaikan anda," jelas wanita ini.

Dia juga mengakui bahawa apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri yang kerap ke luar negara.

Tak tipu. Kalau pelarian, kena maki habis. Disebabkan mereka ni berkulit putih, free pass.

NETIZEN

Tambahnya lagi, berbeza apabila kita mahu masuk ke negara luar, pelbagai perkara perlu diperiksa oleh pihak berkuasa di sana, termasuk ada negara yang menetapkan visa kemasukan.

"Kenapa saya cakap macam ni sebab saya dah banyak kali travel dekat negara mereka. Saya ada buat video tentang betapa susahnya nak dapat visa kebenaran untuk jejak kaki ke negara mereka. Kita nak pergi negara mereka kena berhempas pulas (susah).

"Semua benda mereka nak tahu. Bank statement, even simpanan ASB dia akan minta. Punyalah penting bagi mereka untuk memastikan kita ada duit nak belanja dekat negara mereka. Mereka nak datang negara kita tak payah visa pun.

"Kalau mereka mampu beli tiket sangat mahal untuk datang negara kita, mereka tetap kena balik (semula) kan. Kalau nak travel satu dunia secara percuma tu memang tidaklah," ujarnya lagi.

Kata Reina, golongan ini berani ambil kesempatan atas budaya dan kebaikan kita tanpa tidak disedari.

Tambahnya, kebanyakan negara Asia Tenggara lain sudah menyedari tentang masalah ini tetapi tidak di Malaysia.

"Ambillah contoh kepada satu French tourist yang baru-baru ini datang ke Malaysia kita agung-agungkan.

"Bila keluar dari Malaysia... nampak sangat perangai dia tak diterima oleh orang lain. Kita saja yang baik," katanya.

Setelah mendengar pendedahan yang dibuat oleh Reina, ramai netizen tampil berkongsikan pengalaman buruk apabila pernah cuba didekati golongan sama.

Komen netizen di TikTok.

Rata-ratanya mengakui bahawa perbuatan mereka ini hanyalah bertujuan mengambil kesempatan sahaja.

"Betul. Well said. Tiga kali mohon visa Australia bagi geran tanah atau rumah bagai tetap ditolak. Kejam.

"Saya tinggal dekat luar negara ni dah 'masak' (faham) sangat. Kalau kita susah pun cari embassy tak akannya mereka tolong.

"Tak tipu. Kalau pelarian, kena maki habis. Disebabkan mereka ni berkulit putih, free pass," komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, wanita ini juga mencadangkan jika warga asing ini memiliki masalah ketika bercuti ke Malaysia, mereka boleh meminta bantuan dengan merujuk kedutaan negara masing-masing.

Untuk rekod, video dikongsikan ini meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain