suria

[V] Nasib baik orang ramai sempat usung warga emas, papah anak kecil keluar kereta... Pemandu dah panik enjin tiba-tiba terbakar

Orang awam menjadi wira tidak didendang ketika kereta ini dijilat api.

SEBUAH kereta nyaris hangus dijilat api dengan enam sekeluarga di dalamnya.

Namun syukur nyawa yang seperti di hujung tanduk berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas orang awam.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Amir, 29, atau lebih senang disapa sebagai Am merupakan antara individu pertama yang tiba untuk menghulurkan bantuan.

Dapat diperhatikan dalam video tular yang dimuat naik Am di TikTok, orang awam bertungkus lumus untuk membawa keluar penumpang di dalam kereta dan seterusnya memadamkan api yang sedang marak.

"Waktu tu saya nak balik rumah melalui jalan dekat Setia Alam, Selangor. Tiba-tiba nampak ada sebuah kereta berhenti tepi jalan dengan enjin berasap. Mula-mula saya ingat overheat biasa je, sekali api mula marak.

"Saya terus berhenti tepi pergi tolong sebab saya nampak ada budak lagi dalam kereta tu. Saya pergi lari ambil budak tu bawa dia masuk kereta saya, tempat selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami meraung lihat isteri terbakar dalam kereta, bomba kata mangsa tersepit sampai rentung... “Allahuakbar... bini saya bang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rentung, kereta dipandu terbabit nahas di lebuh raya MEX

"Saya risau kereta tu meletup je. Waktu tu pun ada seorang lagi lelaki yang datang tolong juga," imbas Am ketika dihubungi mStar.

Menurut Am, salah seorang penumpang di dalam kereta itu merupakan wanita lewat usia dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Ada juga dua budak kecil yang berumur dalam lingkungan tiga hingga enam tahun dan seorang bayi berusia dua tahun serta seorang warga emas.

Warga emas yang diusung oleh orang awam ke tempat selamat ketika api di kereta sedang marak.

"Anak-anak tu saya suruh mereka duduk dalam kereta saya dulu sebab asap dekat luar dah tebal. Orang awam lagi seorang tu dia tolong pemandu untuk angkat makcik uzur yang tak boleh jalan tu.

"Mereka angkat makcik tu dan rehatkan dia di tepi jalan jauh dari kereta yang tengah berasap tu. Api pun dah mula besar waktu tu," cerita Am yang merupakan seorang jurugambar bebas.

Am sempat menggambarkan bagaimana riak muka pemandu kereta itu penuh kerisauan kerana dia sebagai seorang ketua keluarga semestinya hampir gugur jantung dengan situasi segetir itu.

"Lepas dah selesai bawa keluar semua orang, memang nampak muka pemandu tu resah dan pasrah. Mesti dia tak expect kereta nak terbakar rentung macam itu.

Memang laju semua buat kerja... orang awam juga tolong bawa keluar barang berharga seperti kerusi roda dan dokumen.

AMIR

"Saya pula asyik teringat insiden beberapa bulan lepas libatkan seorang suami yang hanya boleh lihat isteri dia rentung terbakar dalam kereta sebab terperangkap.

"Nasib baik dalam kejadian hari ni semuanya selamat," ujar Am.

Pihak berkuasa dipanggil ke tempat kejadian tetapi menurut Am orang awam terlebih dahulu berjaya memadamkan api itu.

"Ada sebuah van ni datang dengan bekalan air dekat dalam, terus sambungkan dengan paip dan sembur ke arah api yang marak.

'Memang laju semua buat kerja. Orang awam juga tolong bawa keluar barang berharga seperti kerusi roda dan dokumen," ceritanya.

Orang awam berganding bahu untuk memadam api di enjin sebelum tangki minyak meletup.

Ketika ditanya punca kebakaran itu, Am yang sempat berbual dengan pemandu kereta itu berkata mereka mula sedar ada sesuatu yang tidak kena apabila penghawa dingin mengeluarkan angin panas.

"Pemandu tu beritahu tiba-tiba aircond dalam kereta dia jadi panas. Lepas tu terus enjin depan keluar asap. Dua minit lepas tu api naik.

"Mereka sedang dalam perjalanan jauh tu. Sebab saya nampak luggage penuh dalam kereta. Pemandu ada cakap dia dalam perjalanan dari Tanjung Karang tapi nak ke mana tak pasti.

"Punca kebakaran saya tak tahu, tapi macam-macam faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan enjin terbakar," kata Am.

Am menitipkan pesanan agar setiap pemandu sentiasa peka menghantar kenderaan untuk diservis apabila tiba waktunya.

Seorang lelaki membantu pemandu (individu berbaju biru) untuk membawa ahli keluarganya keluar dari kereta yang sedang terbakar.

"Kalau nak jalan jauh pergi la hantar kereta servis dulu. Servis bulanan pun pastikan hantar.

"Mana-mana model kereta pun sama. Sebab kita tak tahu apa yang berlaku dekat dalam enjin, mungkin water cooler dah kurang ke apa dan sebagainya.

"Kalau kita detect awal, kita boleh buat dan repair apa yang patut," ujar Am.

Am berkata dia merakam kejadian itu kerana dia sebagai seorang jurugambar memang sudah terbiasa untuk merakam momen yang berlaku di sekelilingnya

"Saya tak ada niat pun nak viralkan apa-apa. Memang dah terbiasa rakam. Tak sangka pula ramai yang tengok video TikTok tu

"Saya mula record tu pun selepas dah tolong apa yang boleh," kata Am menutup bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain