suria

“Kita datang rumah jadi bibik” - Pertama kali jumpa mak BF, gadis meluat disuruh cuci pinggan kotor penuh dalam singki

Wanita kongsi kisah bagaimana dia kali pertama berjumpa dengan ibu kepada teman lelaki.

BERTANDANG ke rumah ibu bapa kekasih pastinya mendebarkan.

Tambahan pula ia merupakan pertama kali bersemuka.

Sebagai kekasih, sudah tentu mahu memberi tanggapan yang baik di hadapan ibu bapanya, dengan harapan menjadi calon menantu pilihan.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang gadis bernama Bella Deasy yang berkongsi pengalaman bertemu dengan ibu bapa kekasihnya buat pertama kali.

"Dulu saya ada pakwe perantau. Dia ajak saya pergi ke rumah mak ayah dia dekat kampung," katanya.

Wanita diajak kekasih untuk berjumpa ibu bapaya buat pertama kali. -Gambar hiasan

Menurut Bella, dia tidak menyangka dengan apa yang terjadi di rumah lelaki berkenaan, yang hanya menyediakan sedikit hidangan.

Mengimbas semula kejadian itu, dia turut meluahkan tentang dirinya ditenung tajam oleh ibu kekasihnya.

Selain diperhatikan seolah-olah dirinya tidak tahu membuat kerja-kerja dapur, Bella turut diminta memanaskan semula makanan.

Sebagai tetamu pada hari berkenaan, Bella berharap ibu kekasihnya cuba melarangnya daripada mencuci kesemua pinggan yang kotor.

Lebih mengejutkan, arahan si ibu termasuklah mencuci pinggan-pinggan yang digunakan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Di luar bilik dilayan macam bibik, di kamar tidur suami paksa sekatil dengan madu... wanita menyesal jadi isteri kedua!

ARTIKEL BERKAITAN: Emak sendiri bukan menantu pilihan, gadis kampung berkulit hitam risau nasib diri... tak sangka dapat mentua dari syurga! - “Bilik kami secantik bilik pengantin”

"Saya tunggu 'ayat (arahan) larangan' Tak payah basuh letak situ saja," katanya dengan nada kesal.

Sudah membayangkan layanan yang bakal diterima sekiranya bergelar menantu, Bella memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan kekasihnya.

Dia bukan sebab tak nak basuh pinggan tapi sebab dia nampak bakal mentua macam tak berapa suka dia.

NETIZEN

Dia kemudian menitipkan pesanan buat semua wanita mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak mengalami nasib yang serupa.

Sementara itu, keputusan Bella dilihat mendapat 'lampu hijau' dalam kalangan netizen, yang turut menyuarakan simpati terhadapnya.

Malah selepas perkongsian cerita Bella, ramai yang bersyukur apabila mereka dikurniakan keluarga mentua yang baik.

Komen netizen di TikTok.

"Ingat kita datang rumah jadi bibik. Memilih mentua pun penting sangat. Percayalah.

"Bagus dan bijak. Penting kenal keluarga sebelum kahwin. Supaya tidak menyesal di kemudian hari.

"Rasanya point dia bukan sebab tak nak basuh pinggan tapi sebab dia nampak bakal mentua macam tak berapa suka dia. Itu yang dia tak nak teruskan," komen beberapa netizen.

Hantaran tersebut dibuat oleh seorang warga Indonesia yang menjadi tular di Malaysia.

Sehingga kini, video yang dimuat naik Bella meraih lebih 8.7 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain