suria

[V] Demi kasih ibu, pasangan kembar sanggup ubah suai dapur sampai 3 pagi... tetap datang kelas, yang penting ada nak tawar kerja!

Pasangan kembar ini berjaya mengubah suai dapur rumah mereka dalam masa hanya sebulan.

KASIHANKAN ibu yang terpaksa memasak di bahagian luar rumah, satu pasangan kembar terdetik hati untuk melakukan sesuatu.

Sudah tentu mengubah suai dapur terlintas dalam fikiran mereka buat ibu tersayang.

Proses pembikinan dapur itu dikongsikan dua beradik berkenaan di laman sosial sehingga meraih pujian netizen.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Abid Othman, 22, bersama kembarnya Muhammad Amin menjelaskan bahawa dapur di rumah mereka sebelum ini adalah jenis terbuka, sekali gus tiada privasi untuk ibunya melakukan kerja-kerja rumah dengan selesa.

Susulan itu, mereka mahu memastikan reka bentuk dapur yang dirancang adalah ringkas, tapi pada masa sama mempunyai fungsi yang praktikal mengikut keperluan ibu.

Kiri keadaan dapur sebelum dan kanan selepas diubahsuai.

Tanpa mengupah kontraktor, pengubahsuaian dapur di kediaman di Sri Manjung, Perak itu dapat disempurnakan dalam tempoh hanya sebulan antara September dan Oktober 2021.

"Kami tak jangka boleh siap dalam masa sebulan, tetapi disebabkan kami perlu kembali ke universiti, maka proses ubah suai perlu dipercepatkan.

"Kami bersemangat untuk menyiapkan dapur dengan cepat supaya ibu dapat memasak dalam keadaan yang lebih selesa dan bersih.

"Bukan setakat itu, ibu juga dapat melakukan kerja-kerja rumah lain lebih selamat seperti membasuh baju kerana bahagian dapur ditutup," katanya.

Walaupun menghadiri kelas dalam talian ketika itu, mereka tetap memberi tumpuan kepada kerja-kerja pengubahsuaian tanpa mengira masa, malah berlangsung sehingga pukul 3 pagi.

Walaupun bersemangat melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, mereka tetap menghadiri kelas dalam talian.

Abid dan Amin merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Susulan video mereka tular, ramai netizen menyuarakan minat untuk mengubah suai dapur masing-masing.

Menurut pasangan kembar itu, mereka memerlukan lebih banyak pengalaman dan skil kerja sebelum menawarkan servis kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Senang bawa abah jalan-jalan, usaha anak ubah suai kereta mesra OKU bikin ramai menangis... Terbaik anak soleh!

ARTIKEL BERKAITAN: Beli rumah untuk ibu, 4 beradik menangis saat mahu sign pinjaman... pegawai bank, ejen ‘beri masa’ tenangkan emosi

Mengenai kos ubah suai dapur, ia menelan belanja kira-kira RM8,000 yang dibiayai oleh abang mereka.

"Abang saya sokong sahaja kerana ini juga untuk ibu," ujarnya sambil menambah kerja-kerja pengubahsuaian turut dibantu oleh bapa mereka.

Ibu mereka dengan hasil pengubahsuaian dapur.

Melihat hasil dapur yang diubah suai, ibu mereka, Shariah binti Ariffin, 59, ternyata gembira dan kini lebih bersemangat untuk memasak dan mengemas dapur.

Pada masa sama, pasangan kembar itu turut terharu apabila video yang dimuat mereka menjadi tular.bertanya tentang perasaan mereka berdua selepas video yang dimuat naik itu tular.

Kami bersemangat untuk menyiapkan dapur dengan cepat supaya ibu dapat memasak dalam keadaan yang lebih selesa dan bersih.

MUHAMMAD ABID DAN MUHAMMAD AMIN

Setakat ini, video tersebut meraih 1.2 juta tontonan dan 220,000 tanda suka.

Ruangan komen dihujani dengan pujian netizen yang kagum dengan kerja keras adik-beradik demi ibu tercinta.

Antara komen netizen di TikTok.

"Muda lagi, dah berbakti kepada ibu bapa. Alhamdulillah, aku doakan kamu berdua berjaya dunia akhirat. Orang yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mak dia akan dapat keberkatan dalam hidup.

"Marilah buat di rumah saya. Saya akan bayar lebih.

"Cantiknya, untuk mak dapat anak-anak pandai buat dapur untuk mak, tahniah adik.

"Banyak dan besar pahala yang awak dapat hanya kerana bahagiakan ibu awak. Semoga dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.

"Dapur cantik dan selesa adalah idaman setiap isteri-isteri," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain