suria

[V] Dua beradik rancak main tekan-tekan kiosk McD, siap berjoget depan mesin! Siapa nak bayar total harga lebih RM17,000?

Adik-beradik ini anggap kiosk pesanan di McDonald's seperti alat untuk bermain.

KERENAH anak kecil adakalanya lucu dan ada ketikanya tidak dapat dijangka.

Perasaan ingin tahu dalam diri pasti membuak-buak dan mereka sering 'gatal tangan' untuk menyentuh serta mengambil apa sahaja yang dilihat.

Namun, di sebalik telatah lucu mereka, ia juga boleh mengundang 'malapetaka', kerunsingan dan kecelaruan kepada ibu bapa dan orang sekeliling dalam situasi tertentu.

Melalui satu video tular di TikTok, dapat diperhatikan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai adik-beradik sedang bermain dengan kiosk layan diri di restoran makanan segera, McDonald's.

Kedua-duanya masing-masing dilihat sedang menekan secara rawak menu dalam papan pemuka digital di kiosk layan diri yang digunakan pelanggan untuk memesan makanan.

Aksi 'mendebarkan' itu sempat dirakam seorang pelanggan yang kemudiannya memuat naik video itu TikTok sehingga akhirnya tular dan meraih hampir lima juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Lama dia tenung harga” - Teringin KFC, kasut Nike! Adik balas jasa arwah abang, penuhi kehendak anak buah sambut birthday

Lebih memeranjatkan apabila 'permainan' adik-beradik yang kelihatan bersahaja itu sebenarnya nyaris membuatkan ibu bapa mereka luruh jantung apabila jumlah bayaran untuk kiosk ditekan si kakak menunjukkan nilai RM17,152.

Manakala untuk si adik pula, jumlah pesanan adalah sebanyak RM6,154.

Si kakak masih sempat berdansa dan berseronok bermain dengan kiosk layan diri tersebut, tidak sedar jumlah bayaran untuk pesananannya boleh menyebabkan mana-mana ibu bapa 'menyirap' darah melihatnya.

Bila saya cakap saya tak suka 'budak', ini yang saya maksudkan.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, netizen mempunyai pelbagai reaksi terhadap situasi itu dan ada juga yang melihatnya dalam konteks yang serius.

Beberapa netizen seperti mati akal melihat jumlah bayaran sebesar itu.

"Mana mak dia geram aku tengok ni, siap berjoget-joget pula.

"RM17,152.71 perghhh nak beli satu syarikat ke.

"Dia ingat main game collect point paling banyak ke?" kata beberapa pelayar yang geram melihat 'adegan' itu.

Seorang warga maya juga tertanya-tanya berapa banyak masa yang diperlukan kanak-kanak itu untuk memesan kesemua makanan tersebut sehingga mencapai jumlah bayaran berkenaan.

Kiosk pesanan yang digunakan si adik mencecah jumlah bayaran RM6,154.92.

"Berapa lama kau main benda tu sampai RM17,000 nak bayar semua.

"Itulah, kesian dekat abang belakang tunggu giliran nak guna kiosk tu, mesti lama budak tu main.

"Mana ibu bapa budak-budak ni, aduhai la," kata sebilangan lagi warga maya.

Ternyata harga belasan ribu itu membuatkan beberapa netizen 'menggigil' ketakutan kerana ia cukup untuk membiayai perbelanjaan mewah di kedai butik.

"Lemah la tengok, aku nak beli Happy Meal RM5 untuk diri aku pun dah rasa macam RM17,000.

"Aku nak beli McDonald's RM17 pun dah takut nak beritahu dekat mak sebab takut mahal, inikan pula RM17,000.

Si kakak masih sempat berjoget sambil bermain dengan kiosk pesanan di McDonald's.

"Nasib baik la boleh cancel order tu, kalau tak memang habis mak ayah mereka," kata beberapa netizen.

Ada juga netizen yang menjadikan insiden ini sebagai peluang untuk melampiaskan geram terhadap kanak-kanak.

"Bila saya cakap saya tak suka 'budak', ini yang saya maksudkan," kata netizen itu merujuk kepada situasi dalam video TikTok tersebut.

"Sama, aku minat budak umur sampai tiga tahun je.

"Budak umur 6 tahun ke atas kalau dia tak annoying saya okay je.

"Kan, kalau dulu parents aku dah jerkah dah kalau macam ni bagi ajar sikit," kata beberapa warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan