suria

Sudah la miskin, pengotor pula! Asnaf tunjuk perangai buruk, tinggal rumah sewa penuh sampah sarap... Siap block tuan rumah

Keadaan dalam rumah sewa yang kotor dan tidak terurus.

UNGKAPAN ada menyebut... biar miskin harta, jangan miskin adab.

Namun sikap yang ditunjukkan seorang individu berstatus asnaf apabila meninggalkan rumah sewa dalam keadaan yang kotor dan rosak nyata mengundang persepsi negatif masyarakat.

Lebih mengecewakan, asnaf tersebut mendapat bantuan sewa rumah secara bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kisah tersebut menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat perkongsian di laman Facebook I Love Tanjong Karang bagi meluahkan rasa kecewa serta kesalnya dengan sikap penyewa asnaf tersebut.

"Subhanallah, kotor dan hancur rumah sewa... dengan bil tidak berbayar, call tak angkat, kena block lagi. Tak apa... tahu nak cari penyewa ni di mana," kongsinya.

asnaf 2

Sampah dibuang di bahagian halaman rumah.

Pengguna itu turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan bahagian dalam dan luar rumah sewa miliknya yang sudah kosong namun ditinggalkan dalam keadaan yang kotor, tidak terurus serta terdapat kerosakan.

Difahamkan, lokasi rumah sewa miliknya itu terletak di Batu 11 Tanjong Karang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Malang dapat penyewa janda pengotor! Tinggal rumah penuh tahi, pintu almari tercabut... “Masuk bau kencing!”

Perkongsian tersebut nyata mengundang kecaman netizen yang meluahkan rasa geram dengan segelintir asnaf yang masih kekal dengan mentaliti lama dan tidak tahu bersyukur.

asnaf 3

Pemandangan yang kotor dan menyakitkan mata.

"Mentaliti... sudah ditolong, tak amanah jaga rumah dengan baik, tak jaga kebersihan.

"Kebersihan pun sebahagian daripada iman. Apabila tak dibantu, mulalah meroyan. Apabila dibantu, buat begini pula.

"Kenapa mereka selalu datang dengan pakej? Miskin dan pengotor. Maaf, tak maksudkan semua tapi kebanyakan rumah orang miskin atau penempatan miskin datang dengan pakej bersepah dan kotor.

"Kesian dengan orang macam ni. Sudahlah miskin harta, miskin adab lagi. Saya bersimpati," demikian antara komen netizen.

Apabila tak dibantu, mulalah meroyan. Apabila dibantu, buat begini pula.

NETIZEN

Sementara itu, ada juga netizen yang turut meluahkan rasa simpati dengan pemilik rumah sewa berkenaan yang terpaksa menanggung kos untuk membaik pulih semula rumahnya.

Perkongsian berkenaan kemudian mengundang perhatian pihak LZS.

Dalam satu hantaran di Facebook pada malam Isnin, LZS meluahkan rasa kesal dengan tindakan penyewa asnaf tersebut dan menggesa pemilik rumah sewa agar tampil membuat aduan.

komen asnaf

Netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap asnaf berkenaan.

"Sehubungan itu, pemilik rumah berkenaan disarankan untuk membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.

"LZS juga ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan ini untuk amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki.

"Tindakan menganiaya pemilik rumah sewa ini akan menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa hadapan," demikian menurut kenyataan tersebut.

Sekadar info tambahan, LZS memaklumkan lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.

Bantuan berbentuk bulanan itu disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain