WALAUPUN kita semakin mendepani era kemajuan, masih ada segelintir insan yang mempunyai mentaliti di takuk lama. Golongan ini tergamak menggunakan kaedah ‘kotor’ diamalkan zaman dahulu kala seperti ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain. Mendakwa terpalit dengan perkara sama, seorang wanita yang menawarkan servis inai celup bercerita mengenai sepucuk surat yang diterima setelah pulang dari bercuti namun tidak dinyatakan lokasi percutian, mahupun di mana dia menetap. Menurut Cik Puan Auni, dia pada mulanya menyangka 'surat' itu merupakan kad jemputan tetapi berasa hairan dengan kandungan di dalam sampul berwarna coklat itu yang dikatakan dikirim dari Alor Setar, Kedah. Surat diterima dipercayai sihir dihantar oleh seorang individu dikenalinya. “Baru balik bercuti, masuk HQ (ibu pejabat), pekerja beritahu ada surat sampai. Tapi surat ni pelik sedikit sebab ada barang tajam dalam tu. “Kalau anda nak tahu, surat bersetem ni (dikirim) dari orang Alor Setar! Ingatkan surat panggil (kad jemputan) kenduri. Rupanya surat daripada tukang sihir. “Orang Alor Setar punya kerja. Kita tahu siapa dia... biarlah rahsia,” katanya yang enggan mendedahkan identiti si pengirim. Menurut Auni, ini bukanlah pengalaman pertama kali diduga dengan ancaman sihir, dipercayai angkara sifat dengki orang lain terhadapnya. Auni berkata, walaupun berkali-kali cubaan untuk menjatuhkan dirinya dan suami dengan cara sihir, namun dia tetap tidak berputus asa meneruskan perniagaan. ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris cerai angkara sihir! Isteri mimpi kena tikam, muntah darah waktu mengandung... Tiba-tiba tangan suami bertukar hitam ARTIKEL BERKAITAN: Sihir dituju kepada orang terkena kucing, peniaga runcit buntu 5 ekor si bulus mati serentak... Siapa letak punjut hitam di rak santan? Dalam mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia amat percaya pada kuasa Allah. “Manusia ni walaupun solat lima waktu, sedekah sana sini... jangan cakap dia baik. Dia baik mungkin dengan Allah tetapi belum tentu dengan manusia. “Sebenarnya perkara macam ni selalu dah kena. Bukan cakap besar, bukan kata kebal tapi saya percaya hanya satu. Semuanya kuasa Allah. "Bulan lepas suami (disihir), bulan ni saya. Sebelum ni dan tahun-tahun lepas pun ada saja orang ‘bagi’ dekat saya. Sampai ada orang kata tak takut ke berniaga? Nanti kena sihir,” imbas Auni mengenai dugaan sihir. Menerusi video dimuat naik, dapat dilihat seorang invidu sedang membuka sampul dengan berhati-hati sambil memakai sarung tangan getah pakai buang. Tambah Auni yang tidak percaya kepada perkara syirik dan khurafat, seandainya sihir dilakukan memberi kesan, sudah pasti si pelaku telah ‘menikmati’ kemewahan namun berlaku sebaliknya. Sampul diterima dibuka secara berhati-hati. “Kalau orang yang buat tu hebat sangat sudah tentu dia kaya maulana tidur atas duit dukun yang dicari. Dukun pun makan upah. Yang buat aniaya dekat orang pun sentiasa hati gelisah,” tambahnya lagi. Dakwaan ini dibuat berdasarkan bukti gambar bahagian kepalanya yang ditampal pada patung voodoo. Di bahagian bawah gambar, terdapat tulisan bahasa Thailand dipercayai bacaan jampi bagi menjatuhkan Auni. Terdapat juga nama Auni yang dieja dengan tulisan jawi pada salah satu keping kertas berukuran saiz A4 itu. Malah, terdapat tompokan cecair seperti darah pada bahagian hujung surat. "Gambar yang dia gunakan tu daripada (gambar profil) WhatsApp dan hanya orang tertentu sahaja memiliki nombor yang digunakan. Gambar latar belakang tu tak ada di Facebook atau mana-mana media sosial. Orang yang hantar (sihir) ni orang terdekat sahaja. Cuma tak sangkalah ada hati sebegini rupa. Darah apa tak tahulah dia calit tu. AUNI “Sebab itulah saya tahu kerja (angkara) siapa. Ingat dalam berniaga ni kalau dia dapat macam-macam pun belum tentu dia puas hati. “Kalau depan manis macam gula pun kena hati-hati. Mata dan hati manusia kita tak boleh ‘baca’. Makan gaji ke berniaga ke banyaknya bertopeng. Bukan semuanya tapi kebanyakan,” katanya. Dakwanya lagi, si pelaku merupakan seorang yang menjaga peribadi seperti solat, aurat dan segalanya. Bagaimanapun, individu tersebut dikatakan tidak menjaga hatinya kerana hasad dengki dan iri hati. “Alhamdulillah lagi orang hantar, lagi Allah hantar orang baik-baik membantu. Allah luaskan rezeki kami. “Orang yang hantar (sihir) ni orang terdekat sahaja. Cuma tak sangkalah ada hati sebegini rupa. Darah apa tak tahulah dia calit tu,” katanya lagi. Nama Auni ditulis dalam tulisan Jawi. Tegas Auni, perkongsian ini dibuat hanyalah sebagai peringatan kepada masyarakat. Dalam pada itu, dia juga menitipkan pesanan agar individu menjadi ‘mangsa’ sihir supaya menjalani hidup seperti biasa dan sentiasa percaya pada kuasa Allah. Untuk rekod, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita ini. Rata-ratanya turut menceritakan pengalaman masing-masing yang turut berdepan perkara sama seperti Auni sebelum ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI