suria

[V] Masa sakit anak pernah ‘minta dukung’, bapa tunai jua permintaan ketika masuk liang lahad! Sempat ‘curi’, makan kambing sebelum ajal

Adik bongsu Zaidatul Hanani, iaitu Zaidatul Hanadia meninggal dunia pada 2 September lalu.

DALAM keterujaan dan kegembiraan menyambut tahun baharu, semestinya kenangan pahit dan manis setahun yang lalu tetap tersemat dalam ingatan.

Bagi Zaidatul Hanani Tarmizi, tahun 2022 memahat detik duka bagi seluruh keluarganya apabila adik bongsu, Zaidatul Hanadia Tarmizi menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 2 September.

Coretan dan video yang dikongsikannya di laman sosial menggambarkan betapa pemergian si bongsu, benar-benar memberi tamparan hebat buat mereka.

"Kenangan 2022 yang paling pahit untuk kami sekeluarga. Hilangnya si bongsu. Kenangan kita di sepanjang hayat hang (kamu) sentiasa kami ingat.

"Tenanglah adikku dalam jagaan Allah SWT," tulisnya pada perkongsian video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kesayangan meninggal dunia pagi 1 Syawal, tragedi beli ais batu masih segar... Kakak simpan tudung putih terakhir arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Adik meninggal dunia dalam keadaan misteri, kini si kakak pula menderita perut bagaikan mendidih!

Menurut Zaidatul Hanani, arwah adiknya meninggal dunia pada usia 23 tahun selepas sembilan hari terlantar koma akibat penyakit Para Tiroid.

"Masa umur 17 tahun, arwah sakit buah pinggang. Buah pinggangnya mengecut. Tapi dapat recover. Ketika umurnya 20 tahun, arwah sakit balik.

"Dia ditidurkan, kemudian proceed dialisis air dekat rumah. Juga recover dan nampak sihat. Dah boleh buat aktiviti harian cuma tak boleh buat kerja berat.

ADIK 4

Allahyarhamah Zaidatul Hanadia sangat rapat dan manja dengan kedua orang tuanya.

"Tapi tahun 2022, dia ada tiroid. Para Tiroid di leher. Kena bedah tapi keadaannya tak stabil. Doktor hold dahulu pembedahan tapi tak sempat bedah untuk tiroid tu, arwah dah 'pergi' dahulu," cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Berkongsi lebih lanjut, Zaidatul Hanani berkata terlalu banyak kenangan bersama adik bongsunya itu lebih-lebih lagi arwah begitu rapat dengannya.

Malah ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kata-kata yang pernah diucapkan oleh adiknya itu sebelum ini seolah-olah memberi petanda namun hanya disedari selepas arwah jatuh sakit.

"Dia suruh kami tidur ramai-ramai dengan dia dekat ruang tamu. Kami ikutkan saja... rupanya nak tinggalkan kenangan.

ADIK 3

Hubungan Zaidatul Hanani (kiri)dengan adik bongsunya sangat rapat.

"Dia suruh ayah dukung tapi ayah sakit pinggang... tak dapat dukung dia. Ayah dukung juga buat kali terakhir (dalam liang lahad).

"Yang last sekali, mak tak bagi makan daging kambing sebab dia nak operate. Dia mengadu nak makan juga. Kami dua-dua orang naik motor makan kambing kat kedai. Curi-curi makan juga dia," cerita usahawan tudung yang menetap di Baling, Kedah ini mengimbas kembali kenangan terakhir bersama arwah adiknya itu.

Tanggal 6 Januari yang bakal menjelang tidak lama lagi semestinya dikenang sepanjang hayat kerana ia merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama tanpa Allahyarhamah Zaidatul Hanadia.

Dia suruh kami tidur ramai-ramai dengan dia dekat ruang tamu. Kami ikutkan saja... rupanya nak tinggalkan kenangan.

ZAIDATUL HANANI

KAKAK

"Birthday dia 6 Januari, saya pula dijangka bersalin anak ketiga pada 6 Februari. Sebolehnya dia suruh saya bersalin pada 6 Januari untuk sama tarikh dengannya.

"Dia cakap 'tak apa la sama dengan aku pun. Nanti kalau aku tak ada, hang sambut birthday dia (baby) serupa sambut dengan aku la'. Sumpah tak perasan pun... sampailah dia dah tak sedarkan diri, baru perasan," katanya lagi.

Tidak menyangka video arwah yang dikongsikannya di TikTok meraih sehingga melebihi 512,000 jumlah tontonan, Zaidatul Hanani berkata dia hanya mahu mengabadikan kenangan yang tidak dapat dilupakannya itu bersama para pengikut.

ADIK 2

Allahyarhamah merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.

"Apa yang ada depan mata sebaiknya hargai. Banyakkan melawak dengan adik-beradik. Jadi bila dah tak ada, kita tak ada simpan kenangan buruk dengan dia.

"Buat baik dengan orang yang kita sayang. Apabila kita tak ada, orang tak nampak buruk kita sebab yang baik kita dah 'cover' semua," akhirnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain