SELAIN berteraskan adab, perkara atau aktiviti yang dilakukan setiap hari juga perlu mengaplikasikan konsep common sense. Common sense bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipelajari, cukup sekadar seseorang peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling. Sebagaimana isu yang disuarakan oleh seorang pengguna Twitter ini, dia meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir individu yang tidak mempunyai common sense apabila menghalang laluan pengguna jalan raya lain semata-mata mahu berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan. "Tolonglah amalkan budaya cari parking, turun dari kereta dan jangan buat sesak jalan apabila beli makanan tepi jalan ni. Usaha sikit cari parking kosong. "Awak tu dah la obes, beli lagi ayam gunting, buat jammed lagi jalan kecil tu, terkedek-kedek masuk kereta," luahnya dalam satu ciapan di Twitter. Pendapatnya turut disokong pengguna Twitter lain sambil menambah, apa yang menjadi masalah bukanlah gerai tepi jalan, sebaliknya sikap segelintir individu yang tidak memikirkan orang lain apabila menghalang laluan. "Jangan treat gerai tepi jalan ni macam drive thru la woi. Parking la sekejap, jalan sikit, tak lumpuh la kaki kalau jalan kejap. Tempat nak parking selalunya sebelah gerai tu kot. Sikap sesetengah pemandu yang tidak mempunyai common sense apabila 'double park' sehingga menghalang laluan. Gambar hiasan "Benda ni paling menyirap... nak makan tapi pemalas nak mampus parking motor atau kereta dulu. "Sama juga waktu nak beli pisang goreng... kalau boleh parking, depan batang hidung pakcik tu dia nak parking," luah netizen lain. ARTIKEL BERKAITAN: Mana adab, common sense? Anak orang baru meninggal dunia, wanita sibuk kirim mesej minta baju ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library! Menurut mereka, tidak hanya dalam situasi berhenti di gerai tepi jalan, malah ada juga yang bebal terutama ketika menjemput dan menurunkan anak di pekarangan sekolah. "Tolong la apabila hantar anak pergi sekolah tu jangan bahayakan driver jalan yang lain. Ini tidak... block jalan, double park, tak signal bagitahu yang dia stop. Kalau boleh parking, depan batang hidung pakcik tu dia nak parking. NETIZEN "Nak juga turunkan anak depan pintu sekolah. Risau betul anak tu kena jalan jauh. Apa la salahnya cari parking jauh sikit. Kalau risau, pimpin anak tu sampai depan pintu," luah netizen. Selain isu menghalang laluan, ciapan tersebut juga dibanjiri dengan komen netizen yang menyuarakan beberapa isu lain berdasarkan pengalaman masing-masing berdepan dengan individu yang tidak mempunyai common sense. "Lagi satu, tolong amalkan dah masuk kereta, terus berambus. Bukan masa tu nak chit chat, bagi-bagi kuih, gurau senda dengan pasangan, nak check lipstick... bukan ya. Ada orang lain hargai masa sendiri. Minta faham ya. Pengguna Twitter meluahkan rasa marah dengan sikap golongan tidak mempunyai common sense. "Satu lagi jenis yang parking dekat tempat isi minyak, lepas tu keluar pergi cucuk duit la, pergi topup TnG la, pergi beli barang la. Pergi la cari proper parking yang dah disediakan," luah mereka. Seiring dengan tahun baharu, rata-ratanya berpendapat sikap mementingkan diri sedemikian dapat diperbaiki. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI