suria

Isteri rancak pasang skandal tempat kerja, suami mendidih tengok officemate lelaki lap mulut orang rumah - “Ikut hati memang aku hentak”

Sikap mesra dengan rakan sekerja sudah seperti menjadi budaya. -Gambar hiasan

BERADA dalam zaman yang serba mencabar dan menuntut kos kehidupan yang tinggi kini, kebanyakan pasangan suami dan isteri terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup.

Dalam sesetengah kes, ada pasangan tidak berpeluang menghabiskan masa bersama di rumah kerana perbezaan shif, lokasi tempat kerja yang berbeza, terpaksa bekerja luar kawasan (outstation) untuk jangka masa tertentu dan sebagainya.

Situasi ini secara tidak langsung membuatkan hubungan pasangan suami isteri menjadi hambar dan kurang harmoni.

Namun apa yang lebih membimbangkan, situasi ini juga menjadi permulaan kepada bibit-bibit kecurangan.

Apa yang mengejutkan, budaya 'skandal' di tempat kerja ini sememangnya wujud apabila ramai yang tampil berkongsi cerita, malah membuat pengakuan berdasarkan pengalaman sendiri.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang lelaki mendedahkan kisah di mana isterinya sendiri terjebak dengan pergaulan tanpa batas dengan rakan sepejabat yang berlainan jantina.

curang 1

Ada yang tidak segan silu bercinta dengan rakan sekerja meskipun sudah mempunyai pasangan. Gambar hiasan

"Bahana bila bini ko duduk ofis yang tak ada sempadan. Slumber je lunch berdua dengan bini orang.

"Samalah perangai bini aku ni. Apabila tegur, (dia) cakap benda ni biasalah... bukan ada apa-apa feeling pun... member ofis je.

"Nak jadi cerita, tengah hari tu aku lunch port tempat best-best sikit. Masa makan hampir tercekik nasi aku dibuatnya sebab nampak bini aku dengan budak ofis dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kalau dah senang cepat lupa diri, mula nak curang... Netizen minta perempuan berhenti ‘melabur’, jangan manjakan dengan duit

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengaku trauma, ada sejarah hitam dinoda ahli keluarga masa kecil! Budak baru lepas sunat pun nak diraba

"Paling geram aku tengok laki tu lapkan mulut bini aku masa makan. Ikut hati memang aku hentak masa tu juga tapi aku tahan sebab bos besar ada... tak nak kecoh," luahnya.

Perkongsian kisah lelaki berkenaan turut diakui kebenarannya oleh pelayar media sosial yang lain.

Menurut seorang pelayar, dia sendiri terkejut dengan situasi di mana rakan sepejabatnya yang berlainan jantina selamba bergurau mesra umpama tiada batas.

Ada kawan satu kerja... laki bini masing-masing pasang spare part. Bila sorg buat hal, dua-dua tak turun kerja.

NETIZEN

"Pernah dulu sebulan buat latihan industri dekat. Terkejut beruk tengok lelaki perempuan bertepuk-tepuk... bukan bahu tapi punggung ye.

"Ada kawan satu kerja... laki bini masing-masing pasang spare part. Apabila seorang buat hal, dua-dua tak turun kerja. Nasib baik anak baru seorang, itupun mak bini yang jaga. Apabila bercuti masing-masing dengan pasangan gelap. Hairan dengan hubungan mereka," demikian antara perkongsian netizen.

Dalam pada itu, ada pelayar wanita mengaku pernah menjadi sasaran rakan sekerja lelaki yang mahu 'menggatal' meskipun sudah berkeluarga.

"Berlaku kepada saya. Pernah sekali gurau bertepuk tampar, kena sound pucat muka. Tu belum lagi WhatsApp mimpi kita la, ajak makan berdua," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-ratanya bersetuju bahawa isu skandal berlaku tidak mengira tempat kerja, sama ada sektor awam atau swasta, berdasarkan pengalaman di tempat masing-masing.

komen

Antara perkongsian daripada netizen mengenai situasi di tempat kerja masing-masing.

Justeru ujar mereka, 'kunci' untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku adalah bertegas meletakkan had sempadan pergaulan selain setia dengan pasangan masing-masing.

"Saya takkan rapat dengan teman lelaki atau suami orang, sebab respect pasangan mereka. Tapi mereka ni lah paling terkinja-kinja. Kalau mereka nak, aku terus buat-buat bercakap di telefon dan pakai airpod.

"Saya bekerja di tapak pembinaan, 90 peratus adalah lelaki. Makan berdua atau team, lepak selepas waktu pejabat, mesej personal, kongsi masalah... tak ada satu pun saya buat. Letakkan had, jaga diri. Benda ni jadi dekat mana-mana je pun, sekolah, hospital.

"Kamu perlu letakkan had sempadan lagi-lagi kamu dah kahwin. Dah 2023, kamu kena tahu tempat kerja, tempat kerja lah... bukan tempat nak berasmara. Biar profesional," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain