PELBAGAI cara dilakukan peniaga kedai makan bagi menaikkan lagi hasil jualan gerai mereka. Salah satunya kaedah masa kini untuk mempromosikan menu makanan mereka adalah dengan membayar atau memberi upah kepada pempengaruh (influencer). Begitulah yang cuba dilakukan sebuah kedai makanan yang memuat naik video food review dilakukan seorang influencer dikenali sebagai Rifdi Amri menjamu selera hidangan negara Barat (western). Namun, video tersebut menjadi tular bukanlah disebabkan netizen mengambil pusing tentang makanan ditunjukkan tetapi cara influencer terbabit menikmati hidangan. Hantaran asal yang tular. Paling hangat diperkatakan ialah cara Rifdi menikmati makanan yang dianggap berlebihan dan rakus. Rata-rata berkata mereka lebih berasa mual berbanding terliur dengan makanan yang ditawarkan di kedai berkenaan. “Kerakusan adalah ‘dosa’ dalam mana-mana agama. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam buat ‘review’, dapat banyak followers... Kak Long rayu peluang kedua demi cari rezeki ARTIKEL BERKAITAN: Lebam, sebab tu murah? Ramai dakwa keracunan makanan selepas makan oyster viral, kesian TikToker buat reviu pun terkena tempias “Tolong hentikan budaya makan berlebihan, mukbang dan lain-lain. Menjijikkan,” tulis seorang netizen. Bukan itu sahaja, pelayar di Twitter juga mengatakan bahawa mereka berasa geli sehingga mengganggu pandangan apabila menonton influencer tersebut menjamah daging sehingga pencicahnya meleleh-leleh di bahagian mulut. Menerusi hantaran dibuat, dikatakan lokasi kedai makan tersebut terletak di Petaling Jaya, Selangor. Komen netizen yang prihatin dengan tahap kesihatan lelaki ini. Hantaran tersebut masih menjadi tumpuan netizen sehingga kini walaupun dimuat naik beberapa hari lalu. Selain teguran pada cara Rifdi membuat reviu makanan, mereka juga merisaukan tahap kesihatannya dengan gaya hidup yang makan secara berlebihan. Rata-ratanya mengutarakan pendapat mereka masing-masing pada ciapan asal dibuat. Boleh tak kita hentikan lelaki gempal buat reviu makanan... nampak tak menyelerakan. NETIZEN “Aku bukan nak fat shaming, tapi lelaki tu dah kena berhenti makan benda tak sihat ni. Dah gaya boleh kena diabetes. “Perangai apa macam ni. Sopanlah (cara) makan pun. “Dah 2023. Boleh tak kita hentikan lelaki gempal buat reviu makanan. Nampak tak menyelerakan. Apa kata mereka reviu gim,” kata netizen di Twitter. Komen netizen di Twitter. Selepas pelbagai teguran dibuat, Rifdi tampil bersuara di akaun Twitter peribadinya. Katanya, dia mengakui kesilapan dilakukan dan akan mencuba untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Dalam ciapan sama, dia juga mengharapkan supaya netizen turut menghentikan penghinaan terhadap saiz badannya. Lelaki ini tampil membuat permohonan maaf. “Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka. “InsyaAllah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini. “Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI