KETIKA pihak berkuasa Malaysia giat meneliti kesahihan dan ketulenan rakaman pasangan Rusia memanjat puncak Menara Merdeka 118, salah seorang daripada pelaku berkongsi butiran bagaimana dia menceroboh bangunan itu. Menurut Angela Nikolau, dia berjaya membolosi kawasan keselamatan dengan menyamar sebagai pekerja bangunan. Langkah penyamaran Angela dengan memakai tudung, cermin mata, pelitup muka serta topi keselamatan berwarna kuning yang bermaksud buruh kasar atau operator bergerak berjaya mengaburi mata pihak berwajib. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya memulakan misi dengan memakai tudung, cermin mata dan pakaian seragam pekerja pembinaan untuk dikesan. "Saya berlari sehingga 32 tingkat pertama dan hingga menyebabkan badan berada dalam keadaan terlalu panas. "Saya terpaksa berada dalam posisi baring di atas lantai konkrit dalam keadaan berbogel untuk menyejukkan diri dan minum semua air yang ada,” tulisnya menerusi Twitter @AngelaNikolau_. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rakaman warga Rusia panjat Menara Merdeka 118 tak original? Polis minta SKMM siasat ketulenan video ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita Rusia bangga dapat panjat Menara Merdeka 118, takut tapi puas hati! - “Saya lakukan perbuatan gila dan tidak ditahan” Tambah Angela dia bagaimana berdepan detik sukar dalam misinya itu apabila keberadaannya dihidu pihak pekerja bangunan. Namun, dia berjaya meloloskan diri dengan menjumpai tempat berlindung di dalam kotak konkrit kecil dan menyorok di dalamnya selama 20 jam. Menceritakan mengenai situasi berkenaan, Angela mengatakan bahawa dia tidak mampu meregangkan kaki, tidak makan dan minum serta tidak boleh tidur yang mana situasi ini berlanjutan hingga 25 jam. "Saya tidak dapat meregangkan kaki dan seluruh badan jadi kaku dan sakit. Saya tidak boleh menangis pun kerana pekerja berada berhampiran. Saya perlu kuatkan diri dan mula melakukan sesuatu. Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara! ANGELA NIKOLAU "Mereka boleh dengar tangisan saya dan serahkan saya kepada pihak keselamatan. Ia adalah masa paling teruk dalam hidup saya,” katanya. Jelas Angela, dia akhirnya berjaya keluar berlari ke puncak menara ketika pekerja di situ sedang berehat. Selepas tiga jam kemudian, dia membuat keputusan untuk meneruskan misi itu walaupun dalam keadaan yang sukar. "Jika saya tak mula bergerak, saya akan terlalu lemah untuk menyelesaikan misi ini. "Saya perlu kuatkan diri dan mula melakukan sesuatu. Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara!” katanya. Angela berkongsi butiran bagaimana dia menceroboh bangunan itu. Bercerita lanjut mengenai kesukaran dihadapi, Angela memanjat menara setinggi 53 tingkat itu dengan membawa beg galas seberat 15 kilogram. Meskipun tangan dan kakinya merasa kebas, semangatnya mula meningkat apabila melihat pemandangan indah dari menara tersebut. Ujar Angela lagi, dia juga menyewa sebuah apartmen dengan pemandangan Menara Merdeka bagi membolehkannya menjalankan pengawasan bangunan. Dakwanya Angela lagi, dia menghabiskan masa selama beberapa minggu untuk meneliti butiran penting yang perlu sebelum memulakan misinya bersama pasangan, Ivan Beerkus. Perkongsian Angela itu bagaimanapun mengundang kritikan hebat netizen. Angela berjaya membolosi kawasan keselamatan dengan menyamar sebagai pekerja bangunan. Rata-ratanya sangsi dengan jalan cerita yang dikongsikan Angela kerana dia tidak berkongsi mengenai Ivan. Pada 1 Januari baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan video Angela dan Ivan menceroboh Menara Merdeka 118 dihasilkan melalui teknik suntingan. Katanya polis mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung hal itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI