suria

Ibu ditengking dalam kedai aiskrim, dipanggil bodoh tak tahu topping Biscoff... Netizen panas hati, rasa nak tampar anak biadab!

Ibu ini dtiengking dengan perkataan kesat kerana tidak mengenali aiskrim Biscoff. -Gambar hiasan

BETAPA tingginya martabat seorang ibu apabila Islam memerintahkan kita agar memuliakan figura itu.

Ibulah insan yang melahirkan dan berkorban membesarkan kita sehingga siapa kita hari ini.

Namun begitu, wujud juga juga anak yang lupa daratan sehingga bersikap biadab terhadap orang tuanya sendiri.

Hantaran asal di laman TikTok.

Melalui satu perkongsian di TikTok, Juita Illyiana yang merupakan seorang peniaga di sebuah gerai aiskrim menceritakan kejadian apabila dia menyaksikan seorang anak memanggil ibunya 'bodoh'.

Sikap biadab si anak itu dikatakan berlaku hanya kerana ibunya tidak mengenali sos hias berperisa biscoff untuk aiskrimnya.

"Seorang anak dengan mak ni datang ke kedai. Mak dia tanya saya pasal toppings yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Biadab! Pelajar tendang nenek tepi jalan sampai jatuh, kemudian ramai-ramai ketawa... rupanya pernah kena pukul dengan kayu

ARTIKEL BERKAITAN: “Mindset B40, patutlah tak berjaya” - Kena cop ‘menyusahkan’ sebab order makanan masa hujan, pelanggan pertikai tugas rider

"Lepas tu saya terangkan pasal topping Biscoff.

"Mak dia tak faham jadi saya terangkan yang Biscoff ni rasa macam caramel sikit. Berlemak begitu," ujar Juita.

Si anak yang panas baran terus mencelah dan mengherdik ibunya dengan kata kesat kerana lembab untuk memahami apa itu sos perisa Biscoff.

Kalau aku yang menjawab macam itu, tahu-tahu dah panas bibir sebab kena tampar.

NETIZEN

"Tiba-tiba anak dia pun menyampuk cakap 'mak ni bodoh la Biscoff pun tak tahu!'.

"Lepas tu mak dia terus keluar dan tinggal anak dia order seorang. Mesti mak dia malu," ujar Juita kecewa dengan si anak yang kurang ajar.

Juita sempat memaklumkan di ruangan kapsyen yang si anak itu merupakan remaja belasan tahun dan bukannya kanak-kanak yang mungkin tidak faham mengenai adab.

Juita memberitahu bahawa anak panas baran itu merupakan seorang remaja. -Gambar hiasan

"For your information, anak dia tu dah lingkungan belasan tahun ya. Bukan budak hingusan lagi," ujar Juita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempertahankan ibu tersebut dengan mengatakan si anak tidak mempunyai hak untuk memarahi ibunya di atas sebab yang sebegitu remeh.

"Orang-orang tua mana la tahu sangat makanan yang zaman sekarang macam mak saya.

"Tapi sampai hati kata mak macam tu," kata seorang warga maya.

Seorang netizen juga memberitahu anak itu boleh menerangkan dengan lemah-lembut kepada ibunya mengenai perisa aiskrim itu.

"Bapa aku pun ada je tanya soalan begini.

"Aku jawab la elok-elok supaya tak ada orang lain anggap bapa aku tak tahu apa-apa," ujar pelayar itu.

Sebahagian komen warga maya.

Juita membalas komen tersebut dengan mengatakan dia juga pernah melalui pengalaman yang sama bersama arwah bapanya.

"Dulu arwah ayah suka tanya pasal phone system. Nak mesej orang macam mana.

"Nak call orang macam mana. Aihh rindu," kata Juita mengimbas semula kenangan.

Seorang netizen juga memesan agar menghargai sebaik mungkin masa yang ada dengan insan bergelar ibu.

"Hargai la dik selagi mak adik masih ada, saya kehilangan mak masa kecil.

"Hargai la masa-masa bersama," pesan warga maya itu.

Ada juga netizen yang memberitahu jika dia bertindak sedemikian bersama ibunya, pastinya mukanya sudah ditampar sebagai satu pengajaran.

"Kalau aku yang menjawab macam itu, tahu-tahu dah panas bibir sebab kena tampar," kata pelayar berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain