suria

Isteri terkejut dapat panggilan pejabat agama, rupanya suami senyap-senyap fail cerai... Lupa anak umur 2 tahun demi kekasih baharu

Kebahagiaan bekas suami dan teman wanita baharu dibina di atas air mata rumahtangga lalu. -Gambar hiasan

MEMBINA rumahtangga yang utuh memerlukan kesefahaman daripada suami dan isteri.

Jika kasih sayang yang diberikan hanya bertepuk sebelah tangan maka ikatan perkahwinan itu pastinya terlerai.

Begitulah pengalaman yang diceritakan individu ini apabila kakaknya diceraikan si suami kerana hati sudah berubah kepada wanita lain.

Ciapan asal di laman Twitter.

Dalam satu luahan tanpa nama di Twitter, individu itu bersimpati dengan nasib kakaknya yang dibiarkan terkapai-kapai oleh suaminya yang tidak bertanggungjawab.

"Baru bulan lepas kakak saya bercerai dengan bekas suami.

"Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba pejabat agama call cakap kena pegi mahkamah sebab bekas suami failkan cerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin kali kedua, wanita tiba-tiba dapat talak 3 ketika hamil 2 bulan! Selepas bersalin bayi tengah menyusu dibawa lari

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 9 tahun kahwin, pasangan bahagia ke pejabat agama jua! Mahu cerai tak tahan derita jadi mangsa manusia busuk hati

"Kakak saya setiap malam menangis fikir kenapa dia diceraikan," katanya menceritakan semula situasi kakaknya.

Selepas diceraikan, individu itu mendakwa bekas abang iparnya langsung tidak datang melawat kakak dan anaknya untuk melihat keadaan mereka.

"Lepas cerai je, bekas suami dia memang selalu tak ada dekat rumah sebab selalu post gambar dekat luar.

"Dan kakak saya dapat rasakan yang bekas suami dia ada perempuan lain, sekali memang betul.

Dah tua nanti jangan baru nak claim itu anak... kalau anak tak nak bela jangan label dia anak derhaka pula.

NETIZEN

"Bekas suami dia ada perempuan lain tapi kemungkinan perempuan tu tak tahu yang dia bercinta dengan duda anak satu," ujarnya.

Perkara yang lebih mengguris hati adalah apabila bekas suami kakaknya langsung tidak ambil kisah untuk berjumpa dengan anak mereka yang sangat merinduinya.

"Yang paling sakit hati apabila bekas suami kakak sanggup pilih nak jumpa dengan perempuan tu dari spend time dengan anak sendiri.

"Padahal anak sendiri menangis-nangis rindu dekat ayahnya.

Kakak kepada peluah menangis setiap hari mengenangkan apa yang berlaku. -Gambar hiasan

"Kepada perempuan tu, awak bukan sahaja rampas suami orang tapi awak rampas kasih sayang seorang ayah daripada anak yang berumur dua tahun.

"Saya menulis ni pun sambil mengalir air mata," katanya penuh kesal dengan nasib yang menimpa kakaknya.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya mempertahankan wanita baharu yang hadir dalam hidup bekas abang iparnya.

"Awak pun ada cakap yang kemungkinan perempuan tu tak tahu dia bercinta dengan lelaki orang anak satu.

"Kenapa tiba-tiba nak tuduh perempuan itu perampas. Patutnya jantan tu je yang dimaki.

"Wanita tu pun mungkin mangsa keadaan," kata pelayar itu.

Sebahagiaan ciapan balas warga maya.

Warga maya yang lain mengatakan balasan akan menghantui bekas suami kakak individu berkenaan di atas perbuatannya.

"Kifarahnya apabila dah tua nanti anak tak pedulikan dia. Memang melarat masa tua nanti.

"Dah tua nanti jangan baru nak claim itu anak. Kalau anak tak nak bela jangan label dia anak derhaka pula.

"Jantan macam ni bila dah tua baru heboh nak cari anak-anak," kata sebilangan warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain