DALAM Islam, bukan semua haiwan boleh dimakan. Larangan makan haiwan tertentu mempunyai kaitan dengan faktor kebersihan dan kesihatan meskipun telah dicuci dengan betul. Bukan sahaja haiwan berbisa dan bertaring, haiwan dua alam turut dilarang untuk makan. Meskipun begitu, masih ramai yang keliru berhubung haiwan yang halal dan haram. Bagi umat Islam, perkara ini tidak patut dipandang remeh kerana pemakanan penting bagi menjaga kesihatan diri dan rohani. Tangkap layar video yang tular. Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang cef dari Abu Dhabi menunjukkan satu resipi yang menimbulkan keraguan umat Islam dari Malaysia. “Bro saya tertanya-tanya. Adakah ia (siput babi) halal (dimakan)?,” katanya dalam ciapan yang tular. Dalam video yang dikongsi, cef tersebut membuat satu rakaman masakan yang dikenali sebagai ‘Siput bakal, cara Perancis’. Cef menunjukkan dirinya memakan siput tersebut bersama roti pada akhir video. Menerusi semakan mStar, rakaman asal yang dimuat naik di TikTok tular sehingga meraih lebih 8.4 juta tontonan dalam sehari. Memandangkan video tersebut mendapat jumlah tontonan yang amat memberangsangkan, ia sudah semestinya mendapat perhatian netizen di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cintakan haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod Jika diteliti pada masakan, dapat dilihat cef itu menggunakan siput babi atau dikenali juga sebagai escargot. Perkara itu menyebabkan timbulnya persoalan dalam kalangan umat Islam di Malaysia mengenai status halal masakan disediakan itu. Perkongsian tersebut 'dibawa' sehingga ke Twitter dan ada netizen bertanyakan soalan ini kepada bekas Menteri Agama Malaysia, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Persoalan itu mendapat perhatian apabila beliau tampil memberikan respons. Mazhab Syafie mengharamkan siput babi. Siput sedut halal kerana ia haiwan air, termasuk dalam firman Allah Surah al-Maidah ayat 96. Zulkifli Katanya, bagi umat Islam yang mengikut Mazhab Syafie (seperti di Malaysia) ia adalah haram, tetapi siput sedut tak menjadi haram kerana ia haiwan satu alam. “Saya pernah jawab sebelum ini di @maktabahab (akaun Twitter). “Mazhab Syafie mengharamkan siput babi. Siput sedut halal kerana ia haiwan air, termasuk dalam firman Allah Surah al-Maidah ayat 96. “Saya beranggapan beliau mazhab Maliki,” tulisnya dalam ciapan di Twitter. Respons Zulkifli berkenaan isu ini. Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi serta pandangan netizen yang turut memandang serius isu tersebut. Jadi, berkenaan dengan video ini, Zulkifli beranggapan bahawa cef tersebut mengikut Mazhab Maliki. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI