PERJALANAN hidup, walaupun penuh onak dan duri perlu diteruskan jua walaupun sukar. Selagi hayat dikandung badan, istilah putus asa harus dihindarkan sejauh-jauhnya. Begitulah semangat yang dapat diperhatikan dalam diri pemuda ini yang menjual aiskrim di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tanjung Malim, Perak untuk menyara kehidupannya. Perkongsian di laman TikTok. Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita menggunakan nama Snower sempat berbual dengan pemuda berjiwa kental itu untuk mengetahui kisah hidupnya. Bibit perbualan bermula apabila Snower sebagai seorang ibu mendapat permintaan daripada anaknya untuk menikmati aiskrim. Kebetulan pada ketika itu Snower sekeluarga sedang berada dalam kereta di lebuh raya dan sebuah motosikal aiskrim melewati mereka. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak sia-sia kerap pusing taman perumahan, lelaki ini bertemu jodoh cikgu taska... “Siapa suruh selalu beli aiskrim saya?” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ditengking dalam kedai aiskrim, dipanggil bodoh tak tahu topping Biscoff... Netizen panas hati, rasa nak tampar anak biadab! Pucuk dicita ulam mendatang, Snower sekeluarga terus mengekori motosikal itu dari belakang untuk melihat di mana dia akan berhenti. "Terserempak dengan adik ni di area Sungai Buloh. Penuh roti dekat motornya, mesti nak pergi berniaga ni. "Anak kita pula teringin nak makan aiskrim roti. Jadi kami terus ikut dari belakang. "Hati tertanya-tanya dekat mana la abang ni nak berniaga," kata Snower seperti bermonolog sendirian. Tolong korang yang suka viralkan kedai hipster semua tu, lagi baik angkat kedai nostalgia macam ni. NETIZEN Menyedari penunggang motosikal itu berniaga di RnR Tanjung Malim, Snower berasa kagum kerana jarak perjalanan dari Sungai Buloh ke situ agak jauh. "Nampak dia berhenti di RnR Tanjung Malim. Jauh perjalanannya dari Sungai Buloh ke sini. Berpanas dan berhujan. "Ingatkan saya seorang je yang ikut adik ni, rupanya ada orang lain pun sama turut ikut. "Sempatlah kami bersembang kejap. Menceritakan hebatnya hamba Allah yang seorang ni," ujar Snower. Aiskrim roti yang dijual pemuda itu. Dalam video itu dapat dilihat pemuda itu sedang menceduk aiskrim dari bekas dan menyapunya ke atas roti selepas pesanan dibuat oleh Snower. Sepanjang perbualan mereka, senyuman tidak lekang di bibir pemuda itu seolah-olah menunjukkan keikhlasannya bekerja. "Ayahnya berniaga 20 tahun dah dekat sini. Tapi sekarang dia pula yang sambung. "Bukan senang nak travel jauh-jauh naik motosikal setiap hari ya. "Nampak ceria je adik ni. Apa-apa pun kami mendoakan semoga diperluaskan lagi rezekimu. Pemuda ini sentiasa tersenyum ketika menyediakan aiskrim roti. "Betullah rezeki ada di mana-mana. Yang penting adalah usaha," kata Snower mengambil inspirasi daripada kesungguhan pemuda penjual aiskrim itu. Selain itu, Snower juga memberikan pujian, menyatakan bahawa aiskrim yang disajikan pemuda itu sedap dan berkrim. "Rotinya lembut dan sedap tau. Kalau korang singgah ke RnR Tanjung Malim, jangan lupa beli aiskrim roti ni," ujar Snower sempat mempromosikan perniagaan pemuda itu. Menjengah ke ruangan komen, isteri kepada pemuda penjual aiskrim tersebut berterima kasih dengan 'liputan' percuma yang diberikan Snower. Sebahagian komen warga maya. "Terima kasih akak support husband saya. Dia touching akak," kata isteri penjual aiskrim itu. 'Wah ye ke, sekadar berkongsi. Moga-moga dimurahkan lagi rezeki untuk husband sis ya," balas Snower di bawah komen itu. Warga maya yang lain pula menyeru agar perniagaan aiskrim motosikal sebegini yang menggamit nostalgia berterusan 'diangkat' di media sosial. "Tolong korang yang suka viralkan kedai hipster semua tu, lagi baik angkat kedai nostalgia macam ni. "Boleh cerita dekat anak cucu, walaupun dunia dah moden, aku tetap suka yang macam ni, love sangat," kata netizen itu. "Tahniah bro, menyambung legasi orang tua, satu penghormatan dari kami," ujar seorang pelayar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI