suria

“Tak nak, tak bersedia langsung” - Akibat rancang kehamilan sendiri, wanita gelabah tak sengaja hamil! Serabut fikir nak teruskan atau gugur kandungan

Wanita buntu mahu meneruskan kandungan atau gugurkan anak kedua. - Gambar hiasan

BERBEZA dengan zaman dahulu, kini pasangan yang baru berumahtangga lebih memilih untuk merancang keluarga.

Perancangan itu sudah pasti dibuat bagi menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan cahaya mata yang diingini.

Bagaimanapun, kita manusia hanya mampu merancang kerana segala ketentuan sudah tertulis olehNya, maka siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah.

Bagaimanapun seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya berkongsi kisah bagaimana dia memilih untuk menggugurkan kandungan anak keduannya yang baru berusia empat bulan.

Seorang pelayar meluahkan rasa sedih mengenai kandungan anak keduanya. -Gambar hiasan

Dia memberi alasan baru sahaja menimang cahaya mata sulung sembilan bulan lalu, justeru belum bersedia untuk menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarga.

Wanita itu membuat luahan tersebut menerusi kiriman mesej kepada @TwtMalayWedding sebelum pengendali akaun itu berkongsi semula kisahnya dalam satu ciapan di Twitter.

“Sekarang saya hamil anak kedua. Usia kandungan baru nak masuk empat minggu.

“Tapi saya tak nak, saya tak bersedia langsung untuk kandungan kedua ni. Anak sulung baru nak masuk sembilan bulan dan saya caesar mom.

“Saya menangis bila tengok UPT (Urine Pregnancy Test) naik dua garis. Sumpah menang saya menangis sangat-sangat. Saya tak happy langsung. Saya sedih. Rasa nak jerit kuat-kuat,” ujarnya.

Hantaran asal di Twitter.

Menurut wanita ini, dia dan suami sebenarnya sudah merancang sendiri jarak untuk kehamilan seterusnya, sekali gus akan menjarakkan usia anak pertama dan kedua.

Walaupun merancang, berlaku situasi 'tidak sengaja' apabila mereka 'bersama', menyebabkan pasangan ini memilih untuk menggugurkan kandungan kerana masih belum bersedia menimang cahaya mata kedua.

Wanita ini berkata, dia telah berjumpa doktor di sebuah klinik bagi mendapatkan nasihat serta pengesahan mengenai kandungannya.

“Sebenarnya saya rancang sendiri dengan suami. Saya minta dia ‘buang’ luar dan saya akan elakkan 'bersama' setiap kali waktu subur.

“Tapi bulan lepas suami tak sengaja terbuang dalam. Saya sangka tak akan ada apa-apa tapi hari ni saya tengok UPT dan keputusannya positif.

“Saya pergi klinik dan doktor lakukan imbasan apa semua. Katanya kalau saya tetap tak nak dengan kandungan ni, saya boleh rujuk dengan satu pakar ni. Dia boleh tolong saya,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cuma cukup makan, suami isteri tak gembira lihat kit ujian kehamilan positif... rancang gugur kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sambut dia seorang diri dalam tandas” - Hari ni didiagnos kanser tahap 3, esok dapat tahu hamil... wanita akur terpaksa gugur kandungan

Mengenai kehamilannya, wanita ini berkata doktor memberitahu bahawa janin belum terbentuk dan hanya berbentuk segumpal darah sahaja.

Mendengar penerangan doktor dia dan suami semakin keliru sama ada mahu meneruskan kehamilan dan menanggung risiko atau menggugurkannya sahaja.

“Saya sedih sangat sebab betul-betul tak sedia. Lagipun saya takut tak boleh risikokan diri.

“Ibu beranak caesar perlu jarakkan sekurang-kurangnnya tiga tahun untuk mengandung pula.

“Tapi saya tak sampai sembilan bulan lagi dah lekat. Saya tak boleh terima semua ni,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, wanita ini turut menitipkan pesan buat pasangan lain yang mahu merancang keluarga supaya makan pil perancang agar apa yang terjadi kepadanya tidak berlaku kepada mereka.

Bukan itu sahaja, dia yang masih bingung turut meminta pendapat netizen sama ada keputusan yang dibuatnya betul atau tidak.

“Saya cuma nak pesan kepada ibu-ibu di luar sana terutama yang anaknya belum masuk umur satu tahun. Tolonglah ambil pil perancang anda.

Pertama sekali, ikut doktor kata apa dulu. Kalau doktor kata boleh bahayakan kesihatan atau nyawa, harus digugurkan.

NETIZEN

“Jangan jadi macam saya sebab peluang nak mengandung lepas beranak sangat tinggi sebab hormon kita tengah subur.

“Lagi satu saya nak minta tolong tanyakan pengikut awak (MalayTwtWedding), tak apa ke kalau saya teruskan untuk buang kandungan ni?” katanya lagi.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen apatah lagi setelah melihat hasratnya yang mahu menggugurkan kandungan.

Rata-rata memberikan cadangan kepada wanita ini susulan situasi yang membelenggu dirinya.

Komen netizen di Twitter.

“Kalau nak ikut (ajaran) Islam, tanya doktor kandungan tu memudaratkan kesihatan tak? Memudaratkan, proceed abortion. Tak memudaratkan, berlapang dada terimalah kandungan ni sebagai takdir.

“Kalau nak ikut 'kepala sendiri', buatlah apa awak nak buat sebab yang hadap tu awak bukan kami.

“Pertama sekali, ikut doktor kata apa dulu. Kalau doktor kata boleh bahayakan kesihatan atau nyawa, harus digugurkan. Tetapi, sekiranya doktor kata tak ada atau rendah risiko, teruskan kandungan. Kalau doktor kata tak apa, tapi anda masih nak gugurkan, hukumnya jatuh haram,” demikian komen beberapa netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain