KITA digemparkan dengan berita kebakaran kedai kasut dalam pusat beli belah The Mines di Seri Kembangan, Serdang, Selangor, pada pagi Ahad. Setelah menerima laporan, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian pada jam 11.39 pagi, dengan empat pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang digerakkan ke lokasi. Api yang marak itu berjaya dikawal daripada terus merebak ke kedai lain pada jam 12.25 tengah hari. Ketika kebakaran, banyak rakaman kejadian oleh orang ramai yang berada di sekitar pusat beli belah tersebut dimuat naik di media sosial sehingga menjadi tular. Tangkap layar video asal yang tular. Turut merakam suasana di lokasi kejadian, seorang pelayar bernama @xylella yang menunjukkan anggota bomba kelihatan kelam-kabut ketika cuba memadamkan api. Dalam video yang dikongsi, kelihatan nozel atau hos pemadam api seolah-olah ‘hilang kawalan’ apabila air paip keluar dengan deras dan berpusing-pusing ke kiri serta kanan. Suatu ketika, dapat dilihat alatan tersebut terlepas dari tangan anggota bomba dan mereka nampaknya basah lencun. Melihat keadaan itu, wanita berkenaan yang dipercayai kurang senang dengan cara dua ahli bomba tersebut mengendalikan hos pemadam api sempat merakamkan situasi getir yang berlaku depan mata sebelum dikongsi TikTok. Jika didengar dengan teliti suara dalam video itu, wanita yang dipercayai membuat rakaman bersama seorang lagi wanita sempat ‘mengajar’ anggota bomba bagaimana untuk mengawal hos tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dikecam kerana label kursus taraf ‘kos cikai’, “Budak-budak komputer punya sentap” ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula abang bomba selamatkan nyawa, kemudian dia sambar hati... Wanita ini tak sangka insiden kemalangan jadi penguat cinta “Rakam, rakam! Wey apa ni? Depa (mereka) tak pernah ke (guna hos)? “Peganglah dekat belakang tu! Orang belakang tolonglah. “Yang seorang dekat belakang tu buat apa? Tengok saja? Dah berlari. Memang kena depa (mereka) ni tak berlatihlah tu maksudnya,” kata wanita itu. Dalam masa kurang 24 jam, hantaran tersebut telah ditonton lebih 2 juta kali setelah disiarkan. Menerusi rakaman pendek itu juga, pelbagai reaksi oleh netizen dapat dilihat di ruangan komen. Bukan semudah itu kakak oi. Sekali kena nozel tu hilang gigi. NETIZEN Pelbagai kritikan dan komen dilemparkan terhadap dua wanita itu yang mempertikai kerja-kerja dilakukan anggota bomba berkenaan. “Definisi cakap pandai. “Bukan semudah itu kakak oi. Sekali kena nozel tu hilang gigi. “The real makcik ‘bawang’. “Elok makcik-makcik ni saja yang duduk dalam kebakaran tu. “Akak pergi tolonglah. Kalut! “Tekanan air terlalu kuat. Tapi kuat lagi tekanan yang makcik berikan,” demikian antara komen netizen di TikTok. Komen netizen di TikTok. Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas diberikan oleh pemilik video setelah dikecam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata laporan awal mengatakan kebakaran hanya membabitkan sebuah kedai kasut di tingkat satu pusat beli belah tersebut. Norazam berkata, pasukan bomba masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI