suria

Konon kereta rosak, ramai simpati lihat warga asing OKU! Ahli keluarga dedah dulu buka kafe, terkejut kini kerja scam orang

Lelaki warga asing berstatus OKU ini didakwa cuba menipu orang ramai.

SEMAKIN hari semakin banyak kisah mengenai taktik penipuan dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, seorang lelaki warga asing kurang upaya yang kelihatan sudah lanjut usia didakwa cuba meminta wang daripada orang awam yang lalu lalang di hadapannya.

Menerusi hantaran dibuat seorang pelayar di grup Facebook The Republic of Bangsar, dia memberi amaran kepada orang ramai mengenai lelaki itu yang dilabel sebagai scammer.

Tambahnya, lelaki tersebut dipercayai mengambil kesempatan atas keprihatinan masyarakat Malaysia dengan meminta wang, memberikan alasan keretanya yang diparkir tepi jalan berhampiran Masjid Bangsar itu rosak.

“Warga asing tua kurang upaya parkir di jalan utama sekitar Bangsar (Jalan Ara - berhampiran Sri Wangsaria, Jalan Ara - berhampiran Masjid Bangsar).

Kereta yang digunakan lelaki warga asing tersebut.

“Dia akan minta duit tunai untuk top up (tambahan) bagi membaiki kereta rosak.

“Kami telah bercakap dengannya dan mendapat nombornya (nombor telefon) untuk bantuan susulan melalui badan-badan yang berkaitan, tetapi dia tidak mahu berikan kerjasama,” ujarnya.

Jika diteliti pada beberapa foto dikongsikan, kelihatan lelaki ini berada di tepi jalan sambil membuka bonet kenderaan menunjukkan seakan-akan keretanya rosak.

Hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan semula di Twitter sehingga meraih lebih banyak perhatian netizen apabila ia menjadi tular.

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama lelaki ini melakukan perkara sedemikian kerana terdapat ramai warga maya menceritakan pengalaman berdepan dengannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 minit lesap RM30,000! Suami isteri menggigil, rasa nak gugur jantung kena ‘scam’ servis kemas rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati dapat kawan ‘scammer’, makan lain-lain tapi dipaksa bayar sama rata! Taktiknya dia bayar dulu, kemudian suruh transfer

Tampil di ruangan balas ciapan asal, seorang lelaki mengakui bahawa scammer itu merupakan suami kepada ibu saudaranya

Jelasnya, pakciknya itu yang merupakan lelaki kurang upaya 'hilang kaki' akibat dipotong disebabkan sakit kencing manis.

“Ambil maklum untuk semua yang melihat (ciapan) ini, dia ambil kesempatan dengan status OKU disebabkan kencing manis kena potong kaki.

“Keluarga kami pun tak layan dia sebab mulut macam s**l.

“Terkejut dia dekat Bangsar sekarang nak scam orang,” ujar lelaki yang mendakwa dirinya anak saudara lelaki itu di Twitter.

Sebelum ni dia buat benda sama dekat Ampang. Dia minta duit nak repair kereta. Setiap hari dia akan tahan orang cakap kereta rosak.

NETIZEN

Menurutnya lagi, bapa saudaranya itu dulu merupakan seorang pengusaha sebuah kafe bagaimanapun mengalami masalah kewangan akibat kerugian.

Selepas itu, lelaki itu dikatakan menjual makanan berasal dari Timur Tengah, shawarma berhampiran Ampang Point, Kuala Lumpur.

"Akhirnya tukar hobi kot nak duit banyak scam orang sana sini," katanya.

Dakwanya, sebelum bergelar lelaki OKU, ahli keluarganya sendiri sudah menjadi 'mangsa' helah dan penipuannya.

Ciapan lelaki ini di Twitter mengenai pakciknya.

“Sebelum OKU pun dah scam famili. Sekarang OKU, scam orang luar pula.

“Saya faham, kami sekeluarga dah masak dengan perangai dan mulut dia terhadap keluarga.

“Dia tu orang Mesir. Pernah cuba nak jadi warga Malaysia atas sebab-sebab untuk kebaikan diri dia,” dakwanya lagi.

Untuk rekod, hantaran tular tersebut meraih lebih 3,000 tanda suka serta lebih 3,000 ulang kicau.

Komen netizen di Twitter.

Rata-rata turut menceritakan pengalaman mereka apabila melihat hantaran mengenai gangguan yang didakwa dilakukan lelaki OKU itu di jalanan.

“Sebelum ni dia buat benda sama dekat Ampang. Dia minta duit nak repair kereta. Setiap hari dia akan tahan orang cakap kereta rosak.

“Lah... Minggu lepas lalu memang perasan dia. Rasa kasihan juga tapi sebab dah janji dengan orang, tak berhenti.

“Alamak! Ini uncle tahun 2022 dia berniaga kebab Arab dekat Jalan Dungun. Dah lama tak nampak dia. Mungkin dah tak larat nak berniaga, uzur,” komen netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain