suria

Nak nikah tarikh cantik, bakal pengantin pening fikir pakej jurufoto! Ada caj ekstra kalau buat majlis sanding selang 2 hari

Caj servis jurugambar perkahwinan menjadi bualan di media sosial. -gambar hiasan

BAGI kebanyakan pasangan yang akan berkahwin, penetapan tarikh nikah atau sanding turut menjadi satu aspek penting.

Pastinya 'tarikh cantik' menjadi pilihan tanpa mengira ia adalah hari bekerja atau cuti umum, asalkan mudah diingati dan mempunyai nilai sentimental untuk dijadikan kenangan terindah.

Seperti seorang bakal pengantin ini, dia merancang untuk bernikah pada 'tarikh cantik' 2 Mac 2023 (2/3/23) yang jatuh pada Khamis, dan memilih Ahad (5/3/23) untuk bersanding.

booking jurugambar 1

Perbualan antara jurugambar dengan bakal pengantin.

Namun gara-gara pemilihan kedua-dua tarikh (nikah dan sanding) berselang dua hari, jurugambar yang ditempah memaklumkan terdapat caj tambahan akan dikenakan.

"Ada jurugambar, pakej kira ikut hari. Sehari majlis lain harga, selang sehari lain harga. Macam kami pakej tetap sama sehari atau dua hari, sedangkan kalau dua hari ada kos dua kali.

"Cuma dengan kami kalau bukan selang sehari akan ada caj," menurut penyedia servis fotografi perkahwinan itu, menerusi satu perbualan di WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar terkejut sepasang pengantin tapi ada 3 pelamin dalam rumah, mungkin pengalaman sekali seumur hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi laga pipi buat pengantin perempuan terduduk, jurugambar sporting siap ajar posing nak nampak sweet - "Letak tangan di pinggang pasangan pun terketar-ketar"

Bakal pengantin kemudian mempersoalkan kewajaran terdapat perbezaan dari segi caj antara selang sehari dan dua hari antara hari nikah dan sanding.

"Selang dua hari kos dua kali tu dekat bahagian mana ye? Nak kata dekat minyak, kalau selang sehari atau dua hari sama juga jurugambar perlu datang dua kali.

"Nak kata jurugambar perlukan tempat tinggal untuk dua hari sebab majlis berselang dua hari, 20 minit je jarak. Hanya nak faham kat mana kos extra awak," ujar pengantin yang keliru.

booking jurugambar 2

Pengantin cuba mendapatkan penjelasan mengenai caj tambahan.

Di ruangan bebenang di Twitter twtmalaywedding, ramai berkongsi pandangan dan idea masing-masing bagi memberi kefahaman kepada pengantin mengenai relevannya caj tambahan dikenakan.

"Biasanya pakej job wedding adalah dua hari. Hari nikah dan hari sanding. Tapi disebabkan selang sehari, dia terpaksa kosongkan masa selama tiga hari untuk wedding awak dan mungkin juga akan rugi satu klien atau job. Jadi, 'masa adalah duit'.

Kalau pelanggan nak sangat elak caj, cari jurugambar lain. Setiap jurugambar ada terms and conditions (T&C).

NETIZEN

"Sebab selang dua hari ni dah cukup untuk dapat klien lain. Cuba bayangkan kalau datang tempat awak kat Kelantan, kemudian gap (jarak) dari sanding dia dapat klien untuk akad dan sanding dari Johor, awak rasa dia nak datang ke Kelantan balik?

"Harga ikut jam untuk sehari. Kalau hari lain, pakej lain. Job klien A untuk sehari, kemudian boleh buka untuk klien B hari lain. You nak gabungkan hari berbeza-beza di bawah satu pakej, you sebabkan kerugian sale yang beribu. Jadi, paling adil kerja ikut jam," demikian antara komen netizen.

booking jurugambar 3

Antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen memaklumkan bahawa pelanggan mempunyai hak untuk bersetuju atau tidak terhadap servis fotografi yang akan dikenakan.

"Totally straight to the point. Masa kita, harga kita. Kalau pelanggan nak sangat elak caj, cari jurugambar lain. Setiap jurugambar ada terms and conditions (T&C) masing-masing mengikut pakej yang mereka tetapkan. Buat apa nak runsing, cari saja yang lain, yang menepati kehendak T&C dan 'kepala' sendiri.

"Bagi saya, lebih baik ambil dua jurugambar yang berbeza. Jadi, boleh dapat dua gambar yang berlainan cara edit dan result," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain