suria

Mencurigakan! Aksi panjat pagar lelaki ini buat ramai sangka nak mencuri, hakikatnya dia berniat baik

Lelaki ini memanjat pagar untuk mengalihkan ampaian.

REZEKI datangnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

Selain kemewahan wang ringgit atau makanan, memiliki jiran yang baik juga dikira sebagai satu rezeki.

Pastinya memiliki jiran baik mampu membuatkan hidup kita berasa lebih tenang, aman serta selamat ketika berada di rumah atau di luar rumah.

Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.

Lelaki itu yang dilihat memanjat pagar tanpa meminta izin lalu masuk ke sebuah rumah dipercayai merupakan jiran kepada individu berkenaan.

Tangkap layar video tular.

Walaupun bahagian permulaan video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu meragukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.

Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.

Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.

Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.

Video ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas dengan jiran ‘over baik’, seminggu sampai 4 kali hantar makanan - “Saya anak ramai kot, dia asyik nak sedekah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rugi baik dengan jiran! Pemuda terkejut anak aunty sebelah rumah hantar mesej dari UK buat satu tawaran

Semakan mStar, mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.

Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.

Namun, mereka rasa bersalah mengesyaki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.

“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dapat jiran prihatin macam ni”, ujar netizen tersebut di ruangan komen.

Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi.

NETIZEN

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.

“Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi. Lepas tu pukul 7 pagi dia buka set karaoke.

“Jiran saya suka parkir dekat rumah orang. Pantang nampak orang tak ada di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak masuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi warga maya mengenai jiran mereka.

Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.

Setelah video tersebut tersebar luas sehingga meraih lebih 10 juta jumlah tontonan, pemilik asal tampil menjelaskan keadaan.

Komen netizen di TikTok.

Katanya, lelaki tersebut merupakan tukang kayu yang bekerja di rumah jirannya sahaja.

"Hai semua, saya nak jelaskan di sini. Dia bukan jiran saya.

"Dia merupakan tukang kayu jiran saya. Saya kagum dengan kebaikan dia lakukan," jelasnya mengenai kapsyen 'bersyukur' ditulis pada video itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain