PUSAT karaoke merupakan platform untuk seseorang itu menonjolkan bakat terpendam menyanyikan lagu-lagu pilihan dengan sepenuh jiwa. Ada kalanya ia membuatkan seseorang itu 'lupa diri' seperti sedang membuat persembahan di sebuah konsert walaupun tanpa kehadiran penonton. Namun begitu, dalam keasyikan mendendangkan lagu kegemaran, seseorang itu haruslah bertimbang rasa terutamanya jika bayaran sesi karaoke itu dikongsi bersama rakan-rakan lain. Pemilihan lagu di pusat karaoke melalui skrin digital. -Gambar hiasan Begitulah luahan lelaki ini yang senang disapa sebagai Weng melalui satu video di TikTok apabila rakannya didakwa membolot mikrofon tanpa memberi peluang kepada rakan-rakan lain untuk turut sama berhibur. "Aku tengah minum dengan member, tiba-tiba ada member aku lagi seorang ajak pergi karaoke. Dia kata pukul 6:30 petang jumpa dekat bawah. "Nak pergi ke satu pusat karaoke ni. Jadi petang tu apabila dah sampai, dia minta naik kereta aku untuk gerak sekali. Aku cakap okay la kita pergi tiga orang naik kereta aku. "Apabila sampai di pusat karaoke tu, tengok harga dua jam RM50. Kami pun bayar tong-tong (kongsi) bertiga. Kami pun mula menyanyi," cerita Weng. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini dedah pernah dihalau dari rumah sewa, berat badan naik mendadak gara-gara bisnes! - “Saya terlalu tamak, terdesak nak cari duit” ARTIKEL BERKAITAN: Duit ‘wakaf’ dalam bekas tak pernah kurang, cikgu kagum pelajar susah tapi tak tamak... “Ingat kat kawan-kawan saya juga” Menurut Weng, pada mulanya sesi liburan itu berjalan lancar tetapi tidak lama selepas itu salah seorang rakannya mula menunjukkan belang sebenar. "Aku pilih lagu dulu. Aku pun nyanyi. Lepas tu member aku pilih satu lagu pula. Dia pun menyanyi. "Tiba-tiba sampai giliran dekat seorang lagi member aku ni, dia terus pilih tujuh lagu straight. Kau rasa macam mana? Ini kali pertama kau pergi karaoke ke? Pernah kena macam ni. Itulah kali pertama dan terakhir aku ajak dia karaoke sekali. NETIZEN "Kau tahu kan kalau pergi karaoke dengan kawan-kawan dan bayar kongsi, pilih lagu tu selang-seli bukannya kau seorang je nyanyi tujuh lagu sampai berapa minit. "Baik kau pergi pusat karaoke seorang dan bayar seorang, nyanyi la puas-puas. Ini kau dah ajak orang, aku dengan member aku boleh tengok je dia menyanyi," kata Weng penuh geram. Lebih menguji kesabaran apabila Weng akhirnya mendapat ruang untuk menyanyikan lagu pilihannya tetapi rakannya itu dikatakan mencuri masuk untuk berduet sekali. "Aku tengah sedap-sedap menyanyi, eh kau nak masuk dalam lagu aku pula? Aku tengah menyanyi kau sibuk pegang mikrofon nak masuk aku punya (slot) nyanyian. Jamuan ringan hot dog di pusat karaoke yang dilawati Weng dan rakan-rakannya. -Gambar hiasan "Dah la kau pilih tujuh lagu, lepas tu lagu aku pun kau nak nyanyi. Apa cerita la kau ni mat. Lepas ni kau jangan la ajak kitaorang karaoke. "Kau pergi la seorang diri. Kau kena tahu kalau karaoke dengan kawan-kawan, kita ada law dan etika dia macam mana nak pilih lagu. "Bukannya kau pilih semua lagu nak nyanyi untuk kau seorang. Kalau kau bayar seorang tak apa, kitaorang pun sudi jadi pendengar setia kau nyanyi," ujar Weng memberikan peringatan. Tambah Weng lagi, pakej bagi sesi karaoke tersebut disertakan bersama jamuan ringan, namun rakannya itu sekali lagi membuat 'perangai' yang mengundang kemarahan. "Waktu karaoke tu ada la makan. Kami ambil pakej tiga gelas air dengan 10 sosej. Sebahagian komen warga maya. "Darpadai 10 sosej tu, lapan dia makan, aku dengan kawan aku makan seorang seketul. Bayar sama-sama kot. "Tujuh lagu kau nyanyi, sosej lapan ketul kau rembat, duit minyak kereta aku pun kau tak bayar, baik kau pergi sendiri je. Hidup cuba jangan pentingkan diri sangat," ujar Weng hampir hilang sabar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi yang dihadapi Weng. "Dia melawan hukum karaoke dengan kawan-kawan ni. "Pernah kena macam ni. Itulah kali pertama dan terakhir aku ajak dia karaoke sekali. "Sangat memahami, kita disidai (menunggu) je dalam bilik karaoke tu, padahal bayar sekali," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube