suria

Tular pengantin lelaki ‘over’ malu, isteri pula muka ‘blur’! Rupanya ada kisah lain... bukan kahwin paksa

Pengantin yang tular kerana video aksi 'malu-malu' ketika menyarungkan cincin.

GARA-GARA aksi 'malu-malu' dan gementar saat menyarungkan cincin sebaik sahaja sah bergelar suami isteri, pasangan pengantin baharu ini teruk menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

Tambahan pula aksi sedemikian menjadi 'trend' sejak kebelakangan ini di mana pengantin mempamerkan aksi malu ketika bersentuhan dengan pasangan, sekali gus pasangan ini turut menerima tempias.

Video pasangan ini pada mulanya dimuat naik di aplikasi TikTok @mashitahmashitah1 dan kemudian menjadi tular di platform media sosial lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula malu nak sentuh, siap alas tisu... Lepas dah pegang dua kali cium! Netizen ‘rimas’ pengantin lelaki lengahkan acara sarung cincin

Menerusi video berkenaan, pengantin lelaki kelihatan gementar sehingga mengambil masa yang lama untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya sewaktu sesi membatalkan air sembahyang.

Sementara itu, wajah si pengantin perempuan pula kelihatan seperti tidak mempamerkan reaksi sebagaimana pengantin lain yang gembira ketika hari bahagia mereka, sekali gus mengundang komen yang kurang enak.

Daripada kapsyen yang ditulis individu yang memuat naik video tersebut di TikTok, pengantin bernama Aidil Ashraf dan Maisarah, difahamkan baru kali pertama bertemu iaitu sewaktu majlis pernikahan tersebut.

Namun di sebalik kecaman demi kecaman yang dilontarkan, rupa-rupanya terselit kisah yang tidak diketahui netizen.

pengantin 2

Jawapan pemilik video susulan kecaman netizen.

Menerusi ruangan komen, empunya video tampil menjelaskan situasi pengantin ketika video berkenaan dirakam.

"Kepada yang kecam tu, pengantin perempuan bukan kena kahwin paksa tau. Dia baru lepas menangis tu... sebak sebab ayahnya menangis masa akad nikah," tulisnya.

Malah ujarnya, aksi pengantin lelaki yang agak gementar adalah disebabkan kurang bergaul dengan golongan Hawa, justeru ia menjelaskan sebab mengapa dia kelihatan sedikit kekok.

Pengantin perempuan bukan kena kahwin paksa tau. Dia baru lepas menangis tu... sebak sebab ayahnya menangis masa akad nikah.

PEMILIK VIDEO

Dalam pada itu di laman Twitter pula, ada individu tampil mengesahkan pasangan berkenaan merupakan golongan istimewa.

"Salah seorang rakan saya ada dalam video itu. Dan memang betul that woman (pengantin perempuan) memang OKU dan that guy (pengantin lelaki) adalah seperti lembap (lembam). Saya tak tahu nak hurai bagaimana. Jadi saya sedih bila orang kecam kedua-duanya," kongsinya.

pengantin 1

Pasangan pengantin didakwa merupakan golongan istimewa.

Sementara itu, dalam video berasingan yang dimuat naik juga di akaun @mashitahmashitah1, kedua-dua mempelai kelihatan gembira dan tersenyum saat merakamkan gambar bersama keluarga dan kenalan.

"Senyum baru nampak manis. Semoga kekal bahagia.

"Pemalu sangat pengantin lelaki ni. Comel je. Nampak kegembiraan dalam gambar ni. Alhamdulillah, semoga berkekalan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain