suria

22 tahun bela burung dalam sangkar, akhirnya terbuka hati bebaskan lepas pulang umrah... “Hidayah itu milik Allah”

Keluarga ini melepaskan burung peliharaan mereka selepas pulang dari menunaikan umrah.

BURUNG merupakan antara haiwan yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan, dek kerana bulunya yang cantik serta sifatnya yang jinak.

Cicipan suaranya yang halus dan merdu juga kadang kala menjadi terapi kepada seseorang dan menjadi antara sebab mengapa haiwan ini dipelihara.

Demikian juga halnya dengan keluarga ini yang turut memelihara berpuluh ekor burung yang ditempatkan di dalam sangkar khas dan besar.

Namun selepas 22 tahun 'bergelumang' dengan hobi memelihara burung, mereka akhirnya nekad membebaskan kesemua haiwan berkenaan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @broazam, dia dan keluarganya mengambil keputusan sedemikian kerana diberikan hidayah oleh Allah SWT.

"Hidayah itu milik Allah. 22 tahun bela burung dalam sangkar... selepas balik dari umrah, Alhamdulillah niat baik untuk lepaskan semua burung dalam sangkar.

BURUNG 1

Lelaki bernama Bro Azam (kanan) melepaskaskan burung peliharaan bersama keluarganya.

"Bye (selamat tinggal) burung, terima kasih sebab menemani hidupku ini.

"Burung semua terbang bebas," demikian tulisnya pada perkongsian video berdurasi 55 saat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Burung hantu sesat di laut hampir lemas, mujur ada abang kelasi... tak kasar pun, siap jaga macam anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing ‘manja semacam’ dengan tuan selepas cucuk vaksin, netizen kesan persamaan ketara antara Yeyen dan papanya

Video yang dimuat naik dengan iringan lagu Syukur Alhamdulillah dendangan Wafiq Azizah sebagai latar belakang, memaparkan suasana hiba apabila seorang demi seorang melepaskan kesemua burung terbang ke udara.

Dalam masa sama terpancar riak gembira dan lega di wajah masing-masing apabila dapat menyempurnakan niat tersebut.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih sejuta jumlah tontonan dan dibanjiri ribuan komen netizen.

Arwah atuk dulu sayang sangat burung-burung dia. Sebelum dia sakit, tiba-tiba dia nak lepaskan semua burung.

NETIZEN

Malah ramai dalam kalangan netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang melakukan tindakan sama selepas sekian lama 'mengurung' haiwan berkenaan.

"Ayah mentua saya hampir sebulan ditidurkan dan dalam keadaan kritikal. Sampai doktor beritahu peluang 50/50, kami anak-anak ikhtiar bebaskan semua burung. Sambil lepaskan, sambil berdoa minta burung itu turut doakan kesembuhan tuannya. Hari burung dilepaskan, ayah mentua saya pun sedar.

"Ayah saya lepaskan habis burung yang dia bela. Kami satu keluarga hairan kenapa... dalam tempoh seminggu, ayah saya meninggal dunia.

"Arwah atuk dulu sayang sangat burung-burung dia. Sebelum dia sakit, tiba-tiba dia nak lepaskan semua burung. Al-Fatihah untuk arwah," demikian antara komen netizen.

KOMEN BURUNG

Antara komen netizen terhadap video perkongsian Bro Azam.

Merujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum memelihara burung yang diterbitkan pada 2018, pihaknya cenderung dengan pendapat bahawa dibolehkan memelihara burung di dalam sangkar, sekalipun terdapat khilaf dalam kalangan ulama.

Namun disebutkan bahawa saiz sangkar untuk memilihara burung itu mestilah mengikut kadar maslahat burung tersebut, dan sebaiknya sangkar tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan kecederaan kepada diri burung tersebut apabila ia mengepak dan terbang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain