suria

Duit tak cukup nak beli susu anak, ibu ganti air rebusan nasi... Syukur jiran bagi RM10 upah cuci longkang buat beli sardin dan beras

Seorang ibu berkongsi kisahnya mencari upah demi sesuap nasi.

JANGANKAN nak dekat, bau busuk longkang pun orang tak sanggup.

Namun, seorang ibu sanggup bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi.

Tidak merungut, sebaliknya wanita berkenaan bersyukur diberikan upah bagi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anak.

"Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran... jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras.

"Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye," luahannya menerusi satu hantaran di Facebook.

ibu cuci longkang 3

Wanita ini juga kehabisan susu anak kecilnya.

Menurut wanita itu, upah mencuci longkang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membeli keperluan lain, termasuk makanan buat anaknya seperti yang dijanjikan.

"Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu... ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!" katanya tanpa memaklumkan usia anak sulungnya.

Bukan sekadar biskut, si ibu juga tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 6 anak dihalau, siapa sangka hidangan bubur kacang 2 pagi jadi petanda - "Rupa-rupanya Tuhan kirim satu keluarga cari aku"

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!

Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu.

"Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

"Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah," katanya.

Janganlah kecam, saya tak minta bantuan dengan sesiapa... cuma kongsi cerita.

IBU

Luahannya yang dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini menjadi tular.

Difahamkan, hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi nota kaki dalam luahan tersebut, wanita berkenaan menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Luahannya di grup Facebook.

Luahannya di grup Facebook.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk meraih simpati.

"Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya?

"Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar,

"Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan... saya bukan scammer (penipu) dan saya tak takut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain