suria

Pemuda sangsi nak kahwin, risau GF tak menyimpan... kerja 4 bulan savings bawah 1k - “Wang saya dah lebih RM20,000”

Lelaki berkenaan seakan kecewa kerana pasangannya didakwa tidak menunjukkan usaha menyimpan wang. Gambar hiasan

ANTARA 'kunci' dalam sesebuah hubungan adalah sikap saling memahami dan menerima pasangan seadanya.

Namun lain pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, apabila dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap teman wanitanya.

Menurut pemuda berkenaan, dia dan kekasihnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan namun dakwanya, wanita itu seperti langsung tidak menunjukkan 'effort' menyimpan wang sebagai persediaan menuju hari bahagia mereka.

"Saya lelaki berumur 26 tahun dan berhasrat nak kahwin tahun depan. Saya dah menyimpan wang melebihi RM20,000 dan pasangan saya baru berumur 23 tahun, baru mula kerja dalam empat bulan.

"Dia belum mula menyimpan dan duit nak kahwin baru ada bawah RM1,000 saja," kongsinya.

Pemuda tersebut malah membuat perbandingan di antara dirinya dengan bakal isteri berhubung pengurusan kewangan, di mana dia lebih mempunyai kesedaran mengenai kepentingan wang simpanan dan berfikiran jauh ke hadapan.

M

Lelaki itu kini dalam dilema untuk meneruskan rancangan berumah tangga dengan pasangannya.

"Saya masa bergelar pelajar dulu pun banyak simpan dan tak banyak buang duit. Saya dulu mula bekerja pun pertengahan 24 tahun dan achieve simpan.

"Dekat sini saya tak berapa nampak effort dari pasangan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘tewas’ dengan pakwe kedekut hanya sebab sayang, pandai pujuk... berbaloi ke dijadikan suami? - “Setiap kali nak beli, dia WhatsApp suruh belanja”

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji bakal suami 3 kali ganda lebih rendah, tak pernah keluar duit masa dating... Wanita mula sangsi, terfikir masa depan lepas kahwin

"Saya dah nasihat dia supaya kurangkan perbelanjaan yang kehendak dan beli yang perlu sahaja. Tapi masih dia tak dapat buat savings banyak," luahnya lagi.

Tambah pemuda berkenaan, disebabkan memikirkan perkara tersebut, dia dalam dilema sama ada perlu menangguhkan dahulu perkahwinan atau meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Baru empat bulan kerja dah kata takde effort. Entah orang tu kena dahulukan hal lain ke apa. Komitmen tak sama.

NETIZEN

"Saya tak nak habiskan semua duit sebab nak bahagi untuk kecemasan, simpanan dan persediaan untuk kehidupan selepas kahwin. Saya masih tertanya, patut tangguh dulu atau teruskan," kongsinya.

Luahan tersebut dihantar dalam satu kiriman mesej menerusi Direct Message (DM) yang kemudian dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat warga maya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat pemuda tersebut sewajarnya memberi masa kepada bakal isterinya memandangkan wanita tersebut masih muda dan baru melangkah ke alam pekerjaan.

KOMEN KAWIN

Antara komen yang disuarakan netizen.

"Baru empat bulan kerja dah kata takde effort. Entah orang tu kena dahulukan hal lain ke apa. Komitmen tak sama. Bagilah chance dia merasa duit sendiri dulu.

"Bro, jangan macam tu. Pertama, kau kena sedar setiap orang tak sama jalan hidup dia. Kau 23 tahun dah start menyimpan tu bagus, tapi ada orang umur 23 belum mampu. Kedua, kau lelaki kot. Kenapa risau sangat kalau dia belum cukup duit?

"Baru start kerja empat bulan lepas tu expect simpanan dia dah 10k ke? Gaji dia berapa? Komitmen dia lagi? Harap GF dia carilah pakwe lain. Risaulah lepas kahwin berkira," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain