suria

Abang ipar jenis tebal muka, bawa anak isteri pindah rumah adik... Rupanya mentua punya angkara, pandai-pandai pelawa!

Wanita berkenaan meluahkan perasaan apabila abang iparnya tinggal menumpang di rumah tanpa rasa malu. Gambar hiasan

SUDAH menjadi lumrah dalam alam rumah tangga di mana akan ada perangai ipar duai yang menyakitkan hati atau memeningkan kepala.

Bukan setakat tiada common sense tapi lebih parah, ada yang tahap menumpang kediaman adik-beradik lain meskipun sudah berkeluarga.

Itulah yang dialami oleh wanita ini di mana si abang ipar tanpa segan silu menjadikan kediamannya seperti ‘rumah tumpangan’.

Menurut wanita ini, segala-galanya bermula selepas dia dan suami mempelawa ibu serta bapa mentuanya untuk tinggal bersama di kediaman yang baharu dibeli.

"Saya langsung tiada masalah. Apa yang mengejutkan, abang dia (suami) yang dah kahwin dan ada anak tu nak pindah sekali.

"Kitorang sudah tentu lah of tak setuju tapi tak nak sesiapa dalam keluarga terasa memandangkan mak dia dah setuju bagi pihak kami yang tak pernah setuju ni.

TUMPANG 2

Wanita tersebut serba salah kerana tidak mahu melukakan perasaan mentuanya. Gambar hiasan

"Abang dia masih tak ada rumah, dia gilir-gilir tinggal di rumah mentua dia dan mentua saya.

"Tiap kali diorang balik, diorang akan guna bilik mentua saya buat macam bilik diorang dan mentua akan tidur ruang tamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah miskin, pemalas pula” - Pemuda cuma mampu gelak sinis, malas layan pelanggan B40 bermuka tebal... acah ada maid di rumah

"Sebab itu saya dan suami ajak mentua duduk sekali sebab tak nak tengok diorang kena buli macam tu lagi," kongsinya.

Menurut wanita tersebut, dia dan suami pernah memberi bayangan untuk menyewa rumah lain untuk mengelakkan kesesakan.

Namun apa yang menghairankan, abang kepada suaminya langsung tidak berasa bersalah dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Tolong jangan terlalu baik. Mentua pula memandai setuju ajak abang ipar duduk sekali dekat situ pun dah nampak sesuatu.

NETIZEN

"Mentua saya pula yang serba salah. Kitorang rasa macam kitorang menumpang kat rumah sendiri.

"Sebelum orang kecam kenapa ajak mentua duduk sekali, saya nak beritahu yang suami saya kerja oil and gas, jarang ada di rumah.

"Kebanyakan masa saya akan tinggal seorang, jadi memandangkan mentua pun masih menyewa berhampiran, sebab itu kitorang ajak mereka duduk sekali," jelasnya.

Disebabkan tidak mahu memanjangkan isu dan mengelakkan situasi 'bermasam muka', wanita tersebut berkata dia dan suami lebih rela beralah.

"Kitorang tak ada anak lagi, abang dia ada anak seorang iaitu cucu sulung. Jadi siapalah kitorang kan memandangkan semua tengah gembira dengan kehadiran cucu sulung.

KOMEN 1

Rata-rata netizen menyarankan agar pasangan tersebut berterus terang.

"Doakan kitorang supaya cepat-cepat dapat beli rumah kedua! Niat nak tolong mentua tapi jadi lain pula," luahnya.

Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff dan sehingga kini meraih lebih 300 ulang kicau.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut dan suaminya agar lebih tegas dalam menyuarakan perasaan kepada keluarga mentua.

"Tolong jangan terlalu baik. Mentua pula memandai setuju ajak abang ipar duduk sekali dekat situ pun dah nampak sesuatu.

"Tolong jangan jadi bodoh dan benarkan abang ipar awak duduk sekali. Straight to the point je cakap.

"Sekarang ni abang dia tu dah kahwin, dah beranak-pinak. Bukan tanggungjawab dia ke sediakan rumah untuk isteri dan anak-anak dia. Kenapa nak tumpang sekali kat rumah adik?" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain