suria

Ibu mengalah anak umur setahun kena cubit, budak perempuan berani rampas kereta mainan... “Malas nak bergaduh dengan budak”

Intan mendakwa anaknya dicubit oleh kanak-kanak lain yang berebut kereta mainan.

KETIKA anak-anak bermain di luar atau dalam rumah, pemantauan ibu bapa adalah sangat penting.

Sudah tentu seboleh-bolehnya kita cuba untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka.

Berbeza pula pengalaman yang dialami individu menggunakan akaun @intonn_ di TikTok menerusi video ketika menemani anaknya bermain di ruang permainan kanak-kanak baru-baru ini.

Berdasarkan video berkenaan, si ibu secara tidak sengaja merakamkan momen seorang kanak-kanak perempuan cuba merampas kereta mainan dinaiki anaknya secara kasar.

Intan akur dan mengalah dengan kanak-kanak yang mencubit anaknya.

Tanpa disangka si ibu, kanak-kanak itu bertindak menarik baju dan mencubit tangan anak wanita itu yang berusia setahun satu bulan.

"Mommy memang suka rakam video anak main sebagai kenangan.

"Tak sangka terakam benda macam ni. Minta maaf adik (merujuk kepada anaknya).

"Kasihan adik kena cubit," ujar si ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu panik! Tinggal sekejap je dalam kereta, anak kecil dah terlepas dalam longkang demi ‘nak cari pahala’ - “Nakal-nakal mereka, ada juga sifat baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Subuh yang hiba! Anak paling nakal datang minta restu sebelum nikah, bapa nangis teresak-esak selepas solat fikir dosa

Tak sanggup melihat si kecil terus dikasari, wanita berkenaan akhirnya mengalah dengan membawa anaknya beredar dan membiarkan kereta mainan itu kepada kanak-kanak terbabit.

Ujar Intan dia hairan dengan sikap kanak-kanak itu kerana menurutnya kereta yang diambil itu hanya diletakkan di tepi tanpa menggunakannya.

"Dia punya kaki dah masuk dalam kereta tu nak tolak adik. Jadi saya pujuk dia main dekat tempat lain.

"Lepas tu adik 'membebel' sebab dia nak main kereta tu. Tapi itulah, malas nak bergaduh dengan budak.

Baik sangat tu kak... kalau aku dah melawan dekat situ.

NETIZEN

"Kalau perasan pada hujung video, nampak kereta ungu tu. Budak tu simpan dekat tempat dia main tu. Tak bagi orang lain guna walhal dia tak main pun," jelasnya lagi.

Tidak hanya terhenti di situ, wanita berkenaan berkongsi satu lagi rakaman menunjukkan kanak-kanak perempuan sama cuba merampas kereta mainan itu buat kali kedua.

Namun kali ini wanita itu dengan tenang dan berhemah cuba mempertahankan hak anaknya untuk bermain.

Cubaan kedua kanak-kanak itu merampas kereta lumba gagal apabila dihalang Intan.

"Jangan risau ya semua. Kali kedua dia cuba rampas kereta tu walaupun kereta tu dia dah tinggalkan.

"Saya berkeras terus tolak kereta tu," ujarnya.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata meluahkan rasa geram dan tidak puas hati dengan sikap kanak-kanak perempuan berkenaan yang dianggap sebagai pembuli.

Malah mereka turut mempersoalkan keberadaan ibu bapa atau atau waris kanak-kanak itu bagi memantau situasi.

Komen netizen di TikTok.

"Maaf... my anger (kemarahan) just cannot. Dia cubit, saya cubit balik. Peduli pula aku budak ke apa.

"Baik sangat tu kak. Kalau aku dah melawan dekat situ.

"Kalau aku dah tak ada jangan... jangan. Terus besarkan mata cakap aip! Biasa kau eh budak!" kata netizen yang 'panas hati' melihat rakaman tersebut.

Kesemua hantaran dibuat wanita itu meraih perhatian netizen apabila perkongsiannya ini menjadi tular.

Sebagai peringatan, ibu bapa dan waris seharusnya memantau tingkah laku anak masing-masing ketika bermain secara terbuka di tempat awam bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain