suria

Pemuda serik sertai reunion! Rimas kawan suka bersaing... guna Myvi disuruh tukar BMW, katanya ‘baru nampak berjaya’

Seorang pemuda terkilan rakan-rakan bertanya mengapa dia masih menggunakan Myvi bukan BMW. -Gambar hiasan

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina sepatutnya meriah kerana inilah peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

Bagaimanapun lain pula yang dirasai seorang pemuda yang meluahkan rasa terkilan kerana berasa dirinya terpinggir dengan rakan lain ketika menghadiri satu majlis makan malam reunion bersama mereka.

Pada awal pertemuan, pemuda berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya mengaku gembira kerana dapat berbual bersama rakan lama dan masing-masing berkongsi tentang pencapaian membeli rumah dan kereta baharu.

Rakan-rakan membandingkan kereta yang dipandu pemuda tersebut.

Namun, perbualan tersebut tiba-tiba bertukar menjadi satu 'persaingan' sesama sendiri dan dia mula berasa tidak selesa selepas salah seorang rakannya bertanya mengapa dirinya masih menggunakan kereta Myvi.

Menurut kawannya itu, jika dia menukar Myvi kepada kereta mewah jenama BMW, dirinya akan nampak seperti seorang yang berjaya.

"Jadi apa masalah sekarang? Nak kata saya tak boleh duduk satu meja makan dengan kamu semua hanya kerana saya memandu Myvi?" memetik perkongsian di Facebook Xuan Play.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau kena ada supercar!” - Lelaki ini kongsi tip nak pilih pasangan, hati-hati kalau si dia pandai buka pintu kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Sambil punggah barang, dengar orang kutuk kerjaya driver lori! Lelaki ini tak teragak tayang sijil dekan 4 semester

Benar-benar terkilan dengan dengan sikap rakan-rakannya, dia nekad tidak akan menyertai mereka lagi untuk reunion tahun depan.

"Persahabatan ini penuh dengan persaingan dan permainan minda. Saya bosan dengan benda macam ni.

"Tahun depan, skip (lepaskan)!," katanya.

Dalam pada itu, perkongsiannya juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyokong serta memuji sikapnya yang tidak suka berlagak mewah demi mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

"Selagi anda tahu pencapaian diri, itu sahaja yang penting. Biar mereka cakap apa sahaja yang mereka mahu. Cuma senyum dan lupakannya.

"Saya dah tengok ramai orang memandu Myvi tapi tinggal di rumah besar. Saya pun pernah tengok orang pandu BMW tapi tinggal di rumah teres biasa. Asalkan awak bahagia dengan hidup awak, itu sudah memadai," demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen yang cuba menghiburkan pemuda itu dengan menyatakan kehebatan Perodua Myvi jika hendak dibandingkan dengan kereta import mewah yang lain.

"Beritahu mereka Myvi ialah supercar Malaysia. Myvi boleh terbang, masuk dalam air. Tetapi tanya dia BMW boleh tak buat macam tu?" komen seorang netizen.

Myvi merupakan model kereta hatchback buatan syarikat kereta Malaysia iaitu Perodua yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005.

Kereta ini berasaskan Daihatsu Sirion dan Toyota Passo yang merupakan hasil usahasama Perodua dengan Mc Laren dan Daihatsu serta menjadi kereta yang terlaris bagi syarikat Perodua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain