BENARLAH, aturan jodoh itu rahsia Allah. Daripada sahabat, pasangan ini bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi. Apa yang sedikit luar biasa, bakal suami kepada wanita ini merupakan sahabat baik kepada bekas suaminya! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Terdahulu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Syahida memuat naik satu video di TikTok, memaparkan foto lamanya dengan bekas suami sedang bersanding sambil ditemani sahabat baik di atas pelamin. Namun jodoh pertamanya tidak panjang dan tanpa disangka, dia bertaut kasih pula dengan lelaki yang duduk bersebelahan bekas suaminya di atas pelamin tiga tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tawar hati cari pengganti selepas suami pergi selamanya, ibu tunggal tak sangka BFF arwah jodoh buatnya... cara si dia layan Haddad jadi asbab ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini gembira rakan baik jadi suami selepas main sanding olok-olok, namun diuji hebat masa bertunang dan sebulan lepas nikah "Saya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada Disember 2020. Sebelum ini kami merupakan pasangan yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ). Saya di Kedah, bekas suami bekerja Johor. Kami sempat tinggal bersama kira-kira lima bulan saja sebelum berpisah. "Dipendekkan cerita, jodoh kami tidak panjang kerana orang ketiga. Saya dapat hidu perubahan pada tingkah lakunya dan pernah bertanya, namun si dia tak jujur. "Saya minta petunjuk daripada Allah dan semuanya terjawab selepas saya terlihat satu video di TikTok. Saya confront dan si dia mengaku... kami berbincang dan akhirnya mengambil kata sepakat untuk berpisah secara baik. "Siapa tak sedih apabila dapat tahu... tapi saya cuba juga pertahankan perkahwinan namun mungkin jodoh kami tertulis setakat setahun lima bulan saja," ujar wanita berusia 28 tahun ini. Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada Jun depan. Syahida berkata dia dan bekas suami sah bercerai pada Jun 2022. "Saya banyak menangis dan ada kalanya berkongsi masalah dengan sahabat bekas suami disebabkan kami dah berkawan hampir tujuh tahun. "Dia pun dah putus tunang. Kiranya sama-sama nak healing... sama-sama ambil berat. Saya memang anggap dia kawan. Saya banyak menangis dan ada kalanya berkongsi masalah dengan sahabat bekas suami. SITI SYAHIDA "Tak tahu pula dia kemudiannya ada hati dekat saya. Saya minta beri masa dan ruang. Sebab saya trauma juga selepas berpisah. Kalau boleh saya langsung tak nak ada kena mengena dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan bekas suami. "Tapi effort dia lebih. Dia pandai ambil hati keluarga. Kedua-dua keluarga kami juga memberi restu. Itu yang buatkan hati saya terbuka untuk terima dia," ujar wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini. Tambah Siti Syahida, bagaimanapun bakal suami dengan bekas suaminya kekal bersahabat sehingga kini dan tidak mengungkit kisah lalu. Wanita ini dan bakal pasangannya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Jun depan. Netizen tumpang gembira dengan kehidupan terbaharu Siti Syahida. Tidak menyangka perkongsian videonya meraih sehingga lebih 500,000 jumlah tontonan, wanita ini berkata dia sekadar berkongsi perjalanan kisah hidupnya bersama para pengikut di laman sosial. "Kepada wanita yang juga lalui kisah sama seperti saya, apa yang boleh saya katakan, move on dan pandang ke depan. Kuatkan hati. "Saya pun ambil masa juga nak sembuh, sebelum tu dah puas menangis. Tapi mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku, Allah kan ada. Percaya bahawa Allah akan susun yang terbaik buat kita," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube