suria

Gambar kaftan cantik-cantik, tapi penipu! Peniaga tak balas mesej selepas dapat ‘payment’, tapi aktif update Instagram

Wanita ini ditipu ketika membeli pakaian kaftan. -Gambar hiasan

WANG yang dikumpul daripada hasil keringat sendiri pastinya mahu digunakan untuk memanjakan diri.

Malas habuan yang diraih itu boleh juga dibelanjakan untuk orang tersayang seperti ahli keluarga dan sahabat.

Namun begitu, hasrat wanita ini untuk membeli kain kaftan di atas talian sepertinya diambil kesempatan oleh peniaga yang berniat serong.

Ciapan asal di laman Twitter.

Melalui satu ciapan tular di laman Twitter, wanita yang senang disapa sebagai Kasha mendakwa ia merupakan kali pertama dia ditipu ketika membuat pembelian di platform WhatsApp.

Lebih malang, Kasha menceritakan sebelum dia membuat transaksi wang ke akaun peniaga terbabit, gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.

"First time kena scam. Ingatkan ada duit sikit nak belanja diri sendiri dan adik-beradik. Tapi apakan daya, saya tetap terpedaya dengan tipu helah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Baik hati bagi nombor OTP, peniaga char kuey teow terduduk kena tipu... Scammer kikis sampai tinggal RM1.97!

ARTIKEL BERKAITAN: “Baca review di Telegram macam wow” - Wanita geram! Walau was-was, terpedaya juga dengan scammer emas murah

"Sedih sangat rasa, ada tergerak hati macam ada benda tak kena lepas buat pembayaran tapi waktu tu dah terlambat

"Saya rasa sangsi sebab saya tengok akaun tu baru sangat dibuat, dia start posting November tahun lepas," ujar Kasha kecewa.

Melalui ciapan itu disertakan tangkap layar akaun Instagram milik peniaga tersebut yang menjadi tempat dia mempamerkan koleksi produknya iaitu kain kaftan, seakan-akan gedung tekstil versi alam maya.

Gaji saya tak banyak, saya beli pun untuk belanja adik. Duit awak makan ni haram ye. Saya tak halalakan satu sen pun.

KASHA

Di ruangan bio Instagram peniaga itu ada disertakan pautan ke WhatsApp dipercayai platform digunakan Kasha untuk berurus niaga sehingga dia akhirnya ditipu.

Menyayat hati untuk dihadam apabila Kasha memberitahu tujuan dia membeli kain kaftan itu adalah untuk dihadiahkan kepada adik-beradiknya.

"Aku punya la excited dapat belanja adik-adik tapi jadi macam ni. Terkilan Ya Allah," tulis Kasha dalam ciapannya.

Berdasarkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan juga dapat dilihat pembelian berjumlah RM295 dibuat oleh Kasha untuk lima helai kain kaftan.

Setelah butiran perbankan peniaga diberikan dan Kasha memindahkan wang tidak lama selepas itu, dia meminta kain kaftan itu untuk dihantar kepadanya menjelang Jumaat (20 Januari).

Akaun perniagaan di Instagram yang didakwa sebagai scammer oleh Kasha.

Peniaga itu bersetuju dan berkata dia akan memberikan 'tracking number' untuk Kasha menjejaki pergerakan kurier yang membawa barangannya.

Namun sejurus selepas itu, peniaga tersebut terus melenyapkan diri dan membiarkan Kasha tergantung sepi tanpa sebarang maklum balas mengenai status pembeliannya.

Sedar dia ditipu, Kasha cuba meminta penjelasan daripada pihak peniaga.

"Harap awak tahu apa yang awak buat ni dikira mencuri. Saya sangat sedih dan marah untuk mengambil tindakan apa-apa sekarang.

"Gaji saya tak banyak, saya beli pun untuk belanja adik. Duit awak makan ni haram ye. Saya tak halalakan satu sen pun. Saya harap encik cepat la bertaubat.

"Banyak lagi cara untuk cari duit, ini bukan caranya. Saya doakan Allah balas perbuatan encik dengan setimpal di sana nanti.

Kasha cuba meminta penjelasan dari pihak peniaga.

"Anda memburukkan pengusaha online lain yang ikhlas berniaga untuk sesuap nasi. RM295 yang encik ambil tu saya anggap sedekah kepada anak yatim," tulis Kasha menerusi mesej kepada peniaga itu.

Kasha yakin dia ditipu apabila mendapati peniaga itu kekal aktif di Instagram namun enggan membalas mesej yang dihantarnya.

Selain itu adik dan rakan-rakannya cuba menyamar sebagai pembeli dengan menghubungi peniaga tersebut, seperti dijangka mesej mereka dibalas dengan baik.

Mahu membela nasib Kasha, mereka 'menyerang' peniaga itu dan memintanya bertanggungjawab tetapi dia sepertinya bertekad untuk menebalkan muka.

"Itu je ke nak cakap sampai datang ke sini. Sadis," ujar peniaga itu sebagai reaksi kepada sergahan rakan Kasha.

Adik Kasha menghubungi peniaga itu.

Ujar Kasha tujuannya mendedahkan semua maklumat berkaitan peniaga itu adalah sebagai peringatan kepada orang lain agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Dakwa Kasha, peniaga itu akan kerap menukar nama akaun Instagram untuk mengelakkan kegiatannya dihidu selain meletakkan maklumat palsu yang meyakinkan untuk memperdaya pembeli.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebilangan warga maya memberikan nasihat untuk mengenali ciri-ciri peniaga yang berkemungkinan tidak jujur.

"Nak tahu scammer ke tak, check komen, kalau dia tutup maksudnya ada benda yang nak disembunyikan la tu.

"Tengok sekali tagged photos dia, bagi betul-betul confident dulu baru beli

"Dekat Instagram business account kita boleh tengok history username yang dia pernah pakai, check juga," kata sebahagian netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain