TULAR klip video menunjukkan seorang usahawan wanita yang tidak berpuas hati dengan layanan pekerja di sebuah pasar raya. Menerusi klip ketika bersiaran langsung (live), wanita itu berasa terkilan apabila mendakwa tiada pekerja pasar raya yang mahu membantunya menolak troli yang berisi barangan yang dibelinya berjumlah RM5,000 di premis itu. Sebaliknya, dia dikecam segelintir netizen yang mempersoalkan dirinya yang mahu mendapatkan layanan istimewa di pasar raya. Malah, ada yang berpandangan bahawa bukan tugas pekerja pasar raya itu untuk menolak trolinya sehingga ke kereta. Susulan isu yang tular, usahawan berkenaan, Siti Nur Khalieda Yusra tampil memohon maaf atas kekhilafannya berhubung apa yang berlaku. Kieda menjual crepe dan makanan vendor lain. Dia yang dikenali sebagai Kieda dan usahawan crepe turut menganggap ia sebagai satu dugaan buat dirinya. "Allah angkat darjat Kieda dengan pelbagai cara. Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan tone suara yang semua tidak boleh diterima. ARTIKEL BERKAITAN: Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe 'kencang' ARTIKEL BERKAITAN: Sedih kedai dapat 'bad review' belum hilang, Allah beri rezeki pemilik Kieda Crepe ditaja buat umrah - "Nikmat apa kita nak dustakan bila bersabar?" "Mengaku silap Kieda minta tolong staf yang ada di sekeliling waktu tu. Salah Kieda sebab tak bawa ramai staf. "Sebab selama Kieda pergi beli barang kat sana, memang akan ada dua abang Melayu dan seorang warga asing selalu tolong kami," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, pada Jumaat. Kaya ujian, susah ujian, bahagia ujian dan salah melawak tone suara pun ujian. Semua ujian. KIEDA Malah, dia menegaskan tidak mengeluarkan kata-kata kesat mahupun memaksa pekerja pasar raya itu untuk membantunya. "Waktu tu beli 10 troli, Kieda minta 'tolong' je staf yang ada tepi-tepi tu (bukan cashier) tolong. Tapi semua jawab tak boleh. Jadi, kami tolak jelah sendiri. "Tak ada pun maki paksa orang. Dalam live tu Kieda cerita kecewa Kieda saja, sebab Kieda selalu support sana," ujarnya lagi. Kieda (kanan) bersama suami. Kieda yang mengusahakan bisnes crepe berkata, hidup ini sememangnya tidak lari dari ujian. "Kaya ujian, susah ujian, bahagia ujian dan salah melawak tone suara pun ujian. Semua ujian. "Semoga Kieda terus kuat melangkah satu demi satu anak tangga. Percayalah tak semua boleh terima kita walaupun beribu kebaikan kita buat," katanya. Sehubungan itu, Kieda sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya berhubung isu di pasar raya itu. "Kieda minta maaf kalau buat ramai terasa hati. Kieda bukan maki staf depa, cuma Kieda minta 'tolong' saja. Kieda selalu support, tipulah kalau tak terasa hati. "Sekali lagi Kieda minta maaf. Bukan buat sedih tau. Ikhlas hati sebab kalau kita nak tenang, kita kena rendah diri minta maaf selalu kat orang," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube