suria

RM3,200 lesap di bilik hotel, mangsa musykil tentang CCTV! Tapi kenapa simpan duit sebanyak itu dalam bagasi?

Insiden wang berjumlah RM3,200 yang lesap di sebuah hotel baru-baru ini meninggalkan kenangan pahit buat lelaki tersebut. Gambar hiasan

PENGALAMAN menginap di sebuah hotel baru-baru ini meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh lelaki ini.

Mana tidaknya, wang tunai berjumlah RM3,200 yang disimpan di dalam salah satu beg miliknya lesap tanpa dapat dikesan.

Lelaki tersebut yang berkongsi kisah berkenaan di media sosial berkata, 'insiden' berlaku pada 26 Januari lalu, di mana ia hanya disedari selepas kesemua beg miliknya dihantar ke bilik hotel oleh pekerja hotel atau 'bellboy'.

"Pada 26 Januari 2023, saya berhenti di hadapan hotel dan pekerja hotel tersebut telah menyediakan troli untuk meletakkan beg. Saya letak lima buah beg dan pekerja tersebut membawa masuk ke dalam hotel sementara saya pergi parkir kereta di tempat disediakan.

"Kemudian saya pergi daftar bilik hotel dan setelah selesai saya bertanya kepada pihak resepsi berkaitan dengan beg saya, mereka memaklumkan pihak hotel akan menghantar beg tersebut ke bilik saya.

"Kemudian saya terus naik ke bilik dan menunggu beg sampai. Selang beberapa minit kemudian pekerja hotel telah sampai di hadapan bilik berserta dengan beg saya.

BAGASI 2

Elakkan menyimpan wang tunai di dalam bagasi atau beg. Gambar hiasan

"Pekerja tersebut meletakkan beg di atas sofa dan berlalu pergi. Saya perasan salah satu beg zipnya terbuka dan apabila saya check duit saya berjumlah RM3,200 telah hilang. Saya syaki pekerja hotel ada mengambilnya," dakwa lelaki yang tidak mendedahkan identiiti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu check-out tinggalkan bilik bersepah, kotor... kesian nama Neelofa pula kena petik! Mana privasi duduk hotel?

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah hotel diberi rating tinggi, pulang bagi reviu 0! Pelanggan ‘disambut’ mangkuk tandas ada najis, selimut ada tompok merah

Dia tanpa berlengah terus membuat aduan kepada pihak hotel dan meminta kebenaran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Malangnya mereka meminta untuk membuat laporan polis dahulu," katanya.

Pada malam tersebut, pihak polis tiba dan mereka membuat pemeriksaan CCTV bersama dengan pihak hotel.

"Kemudian polis maklum pada saya yang CCTV hotel di bahagian lobi dan keseluruhan tidak berfungsi sejak 2017 dan satu lagi bilik locker tempat penyimpanan barang tiada CCTV," kongsinya.

Ikhtiarnya bertemu dengan pengurus hotel pada keesokan harinya juga tidak membuahkan hasil malah diberitahu bahawa pihak hotel tidak boleh mencampuri siasatan polis.

Duit tu kalau tahu sedang travel, jangan biar merata atau masuk dalam luggage. Biar dekat diri sendiri je.

NETIZEN

"Sudahlah tiada permohonan maaf daripada pihak hotel atas kecuaian mereka berkenaan CCTV, dalam website mereka claim CCTV 24 jam, bermaksud keselamatan terjamin tetapi sebaliknya CCTV tidak berfungsi sejak 2017," katanya.

Tidak berputus asa, lelaki berkenaan berkata dia kemudian membuat laporan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac).

"Pegawai Motac tersebut telah pun menghubungi pihak hotel dan pihak hotel maklumkan kepadanya, mereka kata CCTV semua berfungsi sedangkan pada malam 26 Januari tersebut pihak hotel serta di hadapan polis claim CCTV rosak. Saya rasa tertipu dan dianaiya.

"Pegawai Motac pun ada beritahu saya, mereka juga ada call polis untuk bertanya berkenaan dengan kes ini. Dalam perbualan tersebut mengatakan bahawa saya gagal mengesahkan amaun yang hilang.

"Sedangkan dalam report polis saya dah nyatakan amaun yang hilang serta saya tunjukkan bukti transaksi saya keluakan duit tersebut," kongsinya lagi.

Buntu dengan apa yang berlaku, lelaki tersebut meminta pandangan warga maya mengenai cara untuknya mendapatkan semula wang tunainya yang sudah 'lesap'.

"Persoalan saya macam mana nak claim balik kehilangan wang tersebut kepada pihak hotel dan jika bawa ke mahkamah, macam mana caranya?

"Jumlah duit RM3,200 yang hilang bagi saya banyak sebab duit tu hasil titik peluh saya," katanya lagi.

KOMEN LUGGAGE

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah berkenaan.

Kisah lelaki tersebut yang dikongikan di akaun Twitter @norazambudin sehingga kini meraih lebih 270 ulang kicau.

Menerusi ruangan komen, difahamkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Melaka.

Sementara itu rata-rata netizen menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian lelaki tersebut sendiri.

"Duit RM3,200 simpan dalam luggage dan luggage tidak berkunci. Macam pelik je.

"Kenapa duit disimpan dalam beg pakaian? Selalunya jarang dengar duit cash letak dalam bag lain, sedangkan international traveller pakai kad kredit, debit atai apps untuk pengeluaran tunai. Kita rakyat tempatan bank tempatan banyak. Cuba fikirkan?

"Duit tu kalau tahu sedang travel, jangan biar merata atau masuk dalam luggage. Biar dekat diri sendiri je

"Duit tunai pegang la kat tangan. Kenapa simpan dalam beg bila travel? Biar je duit tu dalam poket, wallet atau handbag. Jangan ambil risiko," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain