SIAPA yang tidak gemarkan ayam goreng? Disebabkan ia menjadi kegemaran ramai, kebanyakan restoran makanan segera menyajikan ayam goreng sebagai antara menu utama. Namun, pernahkah anda ternampak warna seperti kesan lebam pada isi ayam? Secara tidak langsung, pastinya terlintas pelbagai persoalan di minda mengenai punca mengapa isi ayam menjadi sedemikian, sebagaimana situasi yang dialami seorang individu ini ketika menikmati hidangan tersebut di sebuah restoran makanan segera. Antara teori dan spekulasi lucu netizen. "Lebam sana, lebam sini. Kadang-kadang terfikir, apalah jadi dekat ayam ni sebelum dia jadi KFC," demikian tulisnya pada hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini. Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan dua ketul ayam goreng yang dipesannya kelihatan bertompok dengan warna seperti merah kehitaman pada bahagian isi dan tulang. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada fakta sains punca selera makan bertambah kalau ada budu... Akhirnya terjawab kenapa lauk Kelantan sedap-sedap! ARTIKEL BERKAITAN: Jijik, meloyakan! Pekerja restoran mamak selamba gaul ayam atas jalan tar... patutlah resipi lebih sedap, ‘tapak kasut’ pun ada Hantaran tersebut 'meriah' dengan komen netizen yang membuat pelbagai teori dan spekulasi mengenai keadaan tersebut. "Ini biasanya ayam dah mati sebelum disembelih. Kalau masih hidup sebelum disembelih, ayam segar dan cantik je. "Saya pernah masak ayam sabung yang kalah bertarung. Ayam tu cedera teruk jadi ayam tu disembelih sebab kalau disimpan, nanti tak hidup lama. Macam itulah rupa apabila dah masak. Lebam sana, lebam sini. Netizen memberi penjelasan punca daging ayam kelihatan lebam. "Kalau lebam belah pinggul ke bawah, kemungkinan ayam ni menghidap gout. "Mungkin ayam ni kena dera," demikian antara pelbagai teori dan spekulasi yang disuarakan netizen. Namun komen yang dilontarkan oleh seorang netizen merungkai persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya ramai. KFC guna ayam frozen bila bekalan tak cukup. Contoh musim perayaan. Saya cakap ni sebab pengalaman kerja dengan KFC. NETIZEN "Ayam frozen. Tapi setahu saya KFC hanya guna ayam segar yang baru disembelih. Paling lama simpan dalam chiller pun tak lebih daripada tiga hari. Kalau masih ada yang melebihi tiga hari, ayam tu kena buang. Mungkin mereka guna ayam frozen sebab bekalan ayam segar dari ladang ternakan KFC tak cukup," komen seorang netizen. Komen tersebut turut disokong oleh beberapa netizen lain dan menjelaskan ayam sejuk beku akan digunakan apabila kekurangan bekalan ayam segar terutamanya ketika musim perayaan. "KFC guna ayam frozen bila bekalan tak cukup. Contoh musim perayaan. Saya cakap ni sebab pengalaman kerja dengan KFC. Antara contoh ayam sejuk beku atau ayam kotak. "Ini ayam kotak. Ayam kotak ni ayam sejuk beku. Selalunya KFC akan dapat ayam sejuk beku apabila musim perayaan atau musim permintaan ayam goreng tinggi. "Ramai customer tak tahu kan. Kalau dapat ayam tulang yang dah hitam tu maknanya ayam kotak atau ayam sejuk beku. "Tapi KFC akan sedaya upaya untuk dapatkan bekalan ayam yang fresh. Jika tiada pilihan, ayam kotak jugak pilihanya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube