SAMBUTAN musim perayaan di negara kita bagaikan tidak lengkap tanpa dentuman mercun dan bunga api. Namun dalam kemeriahan meraikan hari istimewa itu, ramai dalam kalangan kita terlepas pandang mengenai risiko keselamatan, khususnya untuk kanak-kanak. Terbaharu, tular video di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain bunga api di beranda sebuah bangunan kediaman, sambil ditemani seorang individu dewasa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pada penghujung video, bunga api yang sepatutnya meletup di udara tiba-tiba meletus pada bahagian ia dipegang, menyebabkan kanak-kanak itu menangis terkejut. Dalam satu foto lain yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak itu meraung dengan tangannya yang melecur kemerah-merahan akibat terkena percikan bunga api. Bagaimanapun individu itu tidak menyatakan maklumat terperinci berhubung video dan foto berkenaan. Isu utama kat sini parents... kenapa biarkan anak sendiri pegang mercun tu? NETIZEN Biarpun tweet berkenaan berbaur politik apabila ia dikaitkan dengan langkah kerajaan untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api, namun rata-rata netizen memilih untuk membahaskan isu keselamatan kanak-kanak. Menurut netizen, ibu bapa perlu bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka dan tidak wajar menjadikan permainan bunga api dan mercun sebagai budaya di negara ini. "Salah dekat sini ialah kenapa biarkan anak kecil main benda ni. Kalau setakat main pop pop tu okey lagi. Benda bahaya macam ni parents kena cakna. Nak sentiasa salahkan kerajaan pun susah juga. ARTIKEL BERKAITAN: Kepulan asap menjulang ke langit, rupa-rupanya tempat pelupusan mercun terbakar ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Cedera Di Leher, Dada Terkena Mercun Buatan Sendiri "Isu utama kat sini parents. Kenapa biarkan anak sendiri pegang mercun tu? Ada otak kot, kan boleh fikir bahaya. "Itu sebab mak bapa bodoh bagi toddler pegang fireworks bukan sebab dia legal atau tidak. Bodoh tidak bertempat, tanggungjawab sendiri nak salahkan kerajaan, " tulis beberapa netizen. Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi. Bagaimanapun katanya ia tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan. Ujarnya, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara, dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube