suria

Kerusi ‘naik’ bumbung, Myvi tersekat tak boleh keluar! King of the road ‘tewas’ kepada peniaga restoran bolot parkir

Kerusi kedai makan turut diletakkan di atas kereta Myvi.

NAMPAKNYA kedudukan kereta yang diberi jolokan 'King of the road' terjejas gara-gara tindakan 'cop parking'.

Mana tidaknya, sebuah kereta Myvi di hadapan sebuah kedai makan tidak dapat dialihkan gara-gara-gara pengusaha premis itu meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir.

Situasi ini menunjukkan bahawa isu 'cop parking' tidak berkesudahan, malah ia bukan lagi hanya berlaku di kawasan perumahan.

Kereta Myvi disekat dengan kerusi dan meja tambahan di kawasan parkir.

Tular beberapa foto menunjukkan sebuah kereta Myvi 'disekat' di kawasan parkir di hadapan restoran yang menempatkan meja makan untuk pelanggan.

Kejadian dipercayai berlaku di Chow Kit, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga B40 besar kepala, suruh pemilik van kosongkan petak parkir awam depan gerai... Beri alasan ganggu ruang nak bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - "Beli kondo pun parking kereta jauh"

Tindakan pengusaha restoran itu termasuk pekerjanya hanya menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan kemudahan parkir disediakan untuk orang awam.

Malah, beberapa gambar turut menunjukkan sebuah kerusi diletakkan di atas kereta Myvi berkenaan.

Selain meja dan kerusi tambahan, turut dipasang di petak parkir hadapan kedai makan itu adalah khemah besar.

Nak meniaga tapi menyusahkan orang, habis parking semua kau nak bolot.

NETIZEN

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pengusaha restoran tersebut dan menganggapnya sebagai perbuatan khianat.

Selain itu, segelintirnya mempersoalkan sama ada restoran berkenaan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meletakkan meja dan kerusi tambahan di sepanjang tapak parkir kenderaan.

Antara komen netizen.

"Nak berniaga tapi menyusahkan orang, habis parking semua kau nak bolot.

"Nak berniaga ada kereta parking, janganlah kau halang dengan kerusi meja tu. Kau sebagai peniaga bertolak ansur rasanya tak akan ada isu di kemudian hari. Itu parking kereta, jadi kemudahan khusus untuk park kereta. Nak letak kerusi meja pun tunggulah kereta tu blah (pergi) dulu.

"Cara B40 berniaga. Niaga asal boleh. Bila kena angkut buat video TikTok, konon orang aniaya.

"Kot ye pun, jangan la sampah bubuh kerusi atau kereta kawan tu. Nampak sangat macam nak ajak bergaduh, padahal benda boleh bincang.

"Nampak jadi salah Myvi pula parking kat situ. Padahal terang-terang tu kawasan parking," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain