ALANGKAH bertuahnya seorang isteri apabila mendapat kejutan hadiah daripada suami tersayang sebagai tanda cinta dan penghargaan. Begitu juga dengan wanita ini apabila suaminya menghadiahkan sebuah kediaman yang menjadi impiannya sejak dahulu. Terpancar jelas reaksi terkejut, gembira dan sebak di wajahnya tatkala membuka pintu rumah kayu kampung dengan hiasan dalaman berkonsepkan moden, hadiah daripada suami. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih istimewa, kediaman baharu tersebut mendapat sentuhan sepenuhnya daripada suami baik dari segi hiasan dalaman serta proses renovasi. Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Mohd Herman Wan Ali berkata, isterinya, Raden Mastura Raden Izham, 32, sememangnya mengimpikan sebuah rumah kampung kerana ia lebih klasik dan berlatarkan suasana desa. ARTIKEL BERKAITAN: Suami dipuji buat kejutan untuk isteri guna kereta buruk dan berkarat, petik bunga kertas di masjid... betul ke ada Mustang di rumah? ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedang sakit letak wang merata tempat dalam rumah demi hargai isteri, tak sentap netizen komen 'duit sama, tempat je berbeza’ "Isteri saya memang suka barang-barang lama. Dia peminat mengkuang, rotan dan jenis yang klasik, suka dengar lagu-lagu klasik. "Sebab tu dia suka sangat rumah kampung nak dibandingkan rumah batu, rumah taman. Rumah ni saya beli dari mak mentua. Tak mahal pun. Sebelum ni mak mentua sewakan kepada orang. Tapi isteri tak kisah, dia setuju nak duduk. Jadi saya renovate serba-sedikit... lebih sedap mata memandang. Keadaan rumah asal sebelum renovasi. "Isteri saya terkejut sangat sebab sebelum ni, lantai masih papan, kayu kosong. Saya cakap padanya 'pasang tikar getah je la'. Dia pun OK saja tak bantah. "Tup tup saya pasangkan vinyl lengkap dekat lantai rumah kampung kami," kongsi lelaki berusia 36 tahun ini. Senang disapa sebagai Herman, lelaki ini berkata dia mengambil masa kira-kira empat bulan untuk melakukan renovasi pada rumah kampung yang terletak di Kampung Geliga Besar, Kemaman. "Saya bekerja dan akan bertukang apabila ada masa senggang. Saya pula buat seorang diri semuanya... jadi ambil masa lama sikit. Proses renovasi yang dilakukan oleh Herman sendiri. "Bercakap soal kos pula, saya buat sikit-sikit. Bila ada bajet, saya buat. Maknanya bukan sekali gus. Ikutkan kos banyak ribu juga tapi saya buat ikut kemampuan," ujarnya yang menjalankan perniagaan perkhidmatan kereta mainan berlampu di Kemaman, Terengganu. Herman yang hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya berkata, dia mempunyai kemahiran asas bertukang dan 'wiring' namun banyak merujuk di laman YouTube. Saya seronok lihat reaksi wajahnya yang gembira dan terkejut. Ternyata dia betul-betul hargai bila impiannya menjadi kenyataan. WAN MOHD HERMAN WAN ALI Tidak menyangka video kejutan buat isterinya menjadi tular sehingga meraih 2.8 juta jumlah tontonan, Herman berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen manis itu di laman sosial. "Saya dengan dia selalu buat surprise antara satu sama lain. Tak kira hari birthday atau hari apa. Saya jenis tak kisah berhabis untuk isteri. Pasangan ini mendirikan rumah tangga hampir setahun yang lalu. "Saya seronok lihat reaksi wajahnya yang gembira dan terkejut. Ternyata dia betul-betul hargai bila impiannya menjadi kenyataan. “Pesanan saya buat isteri di luar sana, berlemah lembut dengan suami, jangan kasar-kasar. Suami suka isteri yang lemah lembut, manja, penyayang. Netizen kagum dengan pendekatan Herman menghargai isterinya. "Suami balik keja sambut dengan senyuman. Barulah suami tak sabar nak pulang kerja nak jumpa isteri. Suami suka isteri ikut ke mana sahaja suami pergi. "Suami suka isteri selalu di sisi. Bila isteri ikut kemahuan suami, InsyaAllah suami tak berkira dengan isteri. Bagi saya duit boleh dicari, kasih sayang isteri tak boleh ditukar ganti," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube