suria

“Tak kaya, tak juga susah” - Guru akui gaji awal pendidik rendah berbanding penghantar makanan, tapi ada ‘mahalnya’... pahala pun besar

Seorang individu membuat perbandingan antara gaji seorang guru dengan penghantar makanan.

BAGI sesetengah individu, mereka cenderung memilih pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Justeru, tidak hairanlah segelintir anak muda ketika ini lebih bersikap memilih kerja kerana mahu poket sentiasa tebal.

Perkongsian seorang individu yang membandingkan gaji antara seorang guru dengan penghantar makanan di laman sosial mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya.

"Gaji cikgu 2.3k? Baik buat Foodpanda," demikian tulis seorang individu di laman Twitter.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang terpanggil berkongsi pandangannya menerusi satu hantaran di Facebook.

FADLI 1

Mohd Fadli merupakan guru di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Foto: Facebook Mohd Fadli Salleh

"Teringat arwah abah dulu pernah bagitahu, 'jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah. Yang 'mahalnya' tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya. Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita'.

"Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2,300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh," tulis guru ini yang tidak asing lagi di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram martabat guru diperlekeh, Cikgu Fadli pertahan pengajar DidikTV dimalukan gara-gara slang Bahasa Inggeris tak macam ‘mat salih’ - “Yang mana hebat tu cuba mengajar live!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu beli mainan anak, guru gaji ciput jual air tin, kasut bundle demi income lebih... akhirnya dapat bawa isteri masuk kedai emas

Bagaimanapun, rezeki setiap orang berbeza-beza.

Walaupun gaji seorang guru mungkin kecil pada pandangan sesetengah individu, ternyata ia mempunyai kelebihan dan keistimewaan.

"Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Seorang kawan aku pernah berkata, 'nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke. Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar'.

Untung jadi cikgu, bila mati pun pahala berjalan kerana mereka mengajarkan ilmu yang beri manfaat berterusan kepada pelajar-pelajarnya.

NETIZEN

"Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semualah. Ada je yang rumah kecil kereta kecil, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing.

"Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitulah," katanya lagi.

Pandangan Mohd Fadli turut disokong oleh rata-rata netizen, malah menyifatkan pekerjaan sebagai guru adalah tugas yang paling mulia berbanding pekerjaan lain.

"Itu permulaan saja, dah lama sikit ada gaji melintang, mendatar. Elaun itu ini lagi. Lagi satu, pahala tu besar dik. Tanpa guru yang mendidik, siapalah kamu.

KOMEN CIKGU

Antara pandangan yang dilontarkan netizen pada perkongsian Mohd Fadli.

"Untung jadi cikgu, bila mati pun pahala berjalan kerana mereka mengajarkan ilmu yang beri manfaat berterusan kepada pelajar-pelajarnya.

"Susahlah kalau semua nak downgrade pasal ilmu. Mentaliti kalau duit banyak baru bahagia sangat tak betul.

"Walau setinggi mana ilmu kita pada masa sekarang, jangan sesekali pandang rendah pada guru yang pernah mendidik kita," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini posting Mohd Fadli meraih lebih daripada 1,400 jumlah shares di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain