TIADA kata-kata yang dapat digambarkan sebaik mengetahui anak kecil terjatuh dari tingkat satu di sebuah kompleks perniagaan dan komuniti. Seorang bapa hanya mampu mengharapkan keajaiban agar anak perempuannya yang terlibat dalam kejadian itu terselamat. Imbasan detik cemas itu dikongsikan si bapa, Alziz Dason ketika dihubungi mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Alziz, insiden yang menimpa anak perempuannya berusia enam tahun itu berlaku di sebuah kompleks di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketika kejadian, Alziz berada di dalam kereta di kawasan parkir bersama seorang lagi anaknya, manakala anak sulungnya itu di tingkat satu premis berkenaan. "Masa tu anak dan isteri saya di kedai emas milik keluarga mentua di tingkat satu, sekitar pukul 6.40 petang. Kedai nak tutup dah. Saya di kereta temankan anak kedua sedang tidur. "Anak saya dan sepupunya bermain dekat kawasan tangga. Abang ipar ada di situ sebelum dia masuk ke kedai sekejap dan tak sampai lima minit, dengar jeritan kuat," katanya kepada mStar. Antara kesan benjol di kepala dan lebam di lengan. Alziz yang berusia 35 tahun berkata, jeritan isterinya yang begitu kuat menyebabkan dia terkejut dan bergegas ke lokasi kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas pipi anak usia 2 tahun tertusuk berus gigi, ingatkan trauma tapi menangis sebab lapar... ibu tak sangka dapat 'request' sebelum masuk OT ARTIKEL BERKAITAN: Anak hidap tumor otak, bapa setia tunggu dalam 'khemah kereta'... berperang dengan nyamuk, kencing dalam botol - "Nak dekat dengan dia saya kena jimat" "Saya sampai je tengok ayah mentua dah dukung anak saya. Ayah mentua beritahu anak saya terjatuh dari tingkat satu dan ditemui terbaring di atas lantai tingkat bawah. "Anak dalam keadaan sedar tapi dia senyap saja, tak menangis. Saya pandang ke atas tengok bumbung yang pecah dan ketinggian kira-kira 20 kaki (6 meter) dari tingkat atas menyebabkan saya hanya tergamam," ujarnya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi anak Alziz di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat satu. Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia bergegas membawa anaknya ke hospital kerana dikhuatiri terdapat kecederaan dalaman akibat terjatuh dari paras tinggi. "Anak saya dimasukkan ke bahagian kecemasan. Doktor buat pemeriksaan, siap X-ray terutama dari pinggang ke bawah. "Dia hanya ada benjol di bahagian kepala dan terdapat kesan lebam di pinggul dan lengan serta luka ringan di jari kelingking," tambahnya. Alziz menemani anaknya yang menjalani rawatan di hospital. Alziz berkata, anaknya dibenarkan keluar wad sehari kemudian dan mereka ke klinik ortopedik untuk menjalani rawatan susulan. Mengimbas kembali, Alziz yang merupakan anggota polis tidak menyangka kejadian anak terjatuh tu berlaku di paras yang begitu tinggi. Sentiasa pantau pergerakan anak-anak walaupun mereka dah besar, dah biasa sebab malang tak berbau. ALZIZ DASON "Ya allah, tinggi jatuhnya. Anak jatuh terbaring di laluan OKU (orang kelainan upaya) yang bersimen. Di tepi laluan tu ada pemegang besi dan tembok batu. "Mujur anak saya jatuh tak menimpa besi tangga atau tembok batu, bimbang terkena kepala dan keadaan serius boleh berlaku," katanya yang bersyukur anaknya selamat tanpa kecederaan serius. Alziz bersama keluarga. Susulan kejadian itu, Alziz dan isteri kini lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anaknya dan perkara itu turut dinasihati kepada ibu bapa lain. "Pesanan saya, sentiasa pantau pergerakan anak-anak walaupun mereka dah besar, dah biasa sebab malang tak berbau. Syukur Alhamdulillah anak kami selamat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube